March 7th, 2009

About

JerungPerkasa.com dilahirkan sebagai blog cetusan idea peribadi dan pengalaman seharian saya dalam menempuh hidup yang semakin kebingungan ini. JerungPerkasa.com menyediakan pelbagai info menarik seperti maklumat perniagaan internet, maklumat terkini, ilmu perkomputeran, pertanian, hiburan dan macam-macam lagi. JerungPerkasa diambil dari nickname yang saya gunakan di UTP ketika berchatting di sebuah intranet program, DC++. Sebenarnya ianya cuma satu rekaan semata mata yang tiada kene mengena dengan sebarang watak komik atau filem. Mungkin kerana ingin memelayukan nick yang saya guna (Jaws) ke dalam bahasa Melayu, maka wujudlah JerungPerkasa. Jaws = Jerung dan Perkasa sengaja ditambah untuk menyedapkan mata memandang. Dan mungkin ada sedikit kene mengena dengan Melayu Perkasa atau memperkasakan Melayu. Haha. Kewujudan JerungPerkasa adalah untuk memberikan semangat kepada saya untuk terus berusaha tanpa mengenal erti ‘down’ dan putus asa. Hidup mesti diteruskan walau sesusah mana pun ia. Setiap kali kesusahan dalamnya tersirat kesenangan.

Siapa Saya?

Siapa saya? Saya juga manusia seperti anda yang punyai keinginan dan kemahuan seperti anda. Bicara tentang kemahuan dan keinginan ini amat besar topiknya kerana keinginan dan kemahuan tidak pernah akan puas dan cukup. Semua orang ada kemahuan tersendiri. Begitu juga saya. Sayangnya, manusia biasa seperti saya tidak mampu mencapai segala kemahuan yang diimpikan dan kadangkala hampir putus asa. Namun ada satu perkara yang menyebabkan kita terus melangkah mengejar kemahuan, keinginan dan impian kita iaitu harapan. Dan harapan inilah yang membuatkan kita terus melangkah biarpun beberapa kali terjatuh. Semoga harapan untuk hari esok lebih bersinar. Aku masih berharap..

“Langkah seribu bermula dengan langkah pertama. Kebiasaannya, langkah pertama amat berat untuk melangkah tetapi kita mesti melangkah juga kerana tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita!! Mulalah melangkah walaupun berat.”