Kenapa Gereja Katholik Beria-ia Ingin Menggunakan Kalimah Allah?!
Sebelum aku menulis panjang mengenai isu ini, ingin aku jelaskan bahawa aku seorang Muslim yang mempercayai Allah Tuhan sekalian alam dan Muhammad adalah rasulnya. Aku tidak memihak kepada PAS ataupun UMNO. Aku masih seorang Melayu dan tidak terniat bagi aku untuk menghina kaum dan agama lain dan begitu juga dengan agama aku sendiri. Aku cuma ingin meluahkan pendapat aku tentang isu ini.
Ramai di antara kita terfikir kenapa gereja Katholik beria-ia ingin menggunakan nama Allah? Mungkin mereka ada muslihat tersendiri atau mungkin meraka memang betul-betul berhak menggunakan kalimah ini? Sebenarnya, isu ini mempunyai pro dan con yang tersendiri. Pandangan aku sendiri berbelah-bagi untuk menyokong yang mana satu kerana jika anda mengkaji sejarah dengan baik, mereka sebenarnya berhak menggunakan nama Allah. Tetapi jika perkara ini dilaksanakan di Malaysia, aku tidak menyokongnya sama sekali di atas sebab-sebab tertentu yang aku rasa munasabah.

Ini hal pertama, jika kita pergi ke Mesir, pihak gereja Kristian Koptik di Mesir telah lama menggunakan nama Allah secara meluas. Umat Kristian dan Islam bebas bergaul dan menggunakan kalimah Allah dalam perbicaraan mereka. Malah mereka juga menyebut InsyaAllah jika berjanji dengan orang Islam. Hal ini telah berlaku lama di Mesir sebelum isu di Malaysia ini menjadi kecoh. Malah boleh aku katakan disana masih terdapat ahli kitab iaitu mereka yang beriman dengan kitab Injil, Zabur dan Taurat yang sebenar. Dalam kitab tersebut memang mengajar manusia mentauhidkan Allah dan melakukan kebaikan semasa hidup. Hal ini menunjukkan mereka berhak menggunakan kalimah Allah.
Tamat hal pertama. Ini hal kedua pula. Kalau di kaji semula, Gereja Besar di Rome tidak pernah menggunakan nama Allah dimana-mana upacara atau penerbitan mereka. Kenapa gereja di Malaysia mahu menggunakan nama Allah? Mungkin kerana hal pertama tadi mereka juga ingin menggunakan nama Allah? Aku sendiri tak tahu apa niat isi hati mereka. Cuma yang aku tahu, hanya terdapat 16 nama Tuhan yang di luluskan penggunaannya oleh Gereja Rome. Di bawah adalah senarai 16 nama Tuhan yang di luluskan oleh Gereja Rome:
- El Shaddai (Lord God Almighty)
- El Elyon (The Most High God)
- Adonai (Lord, Master)
- Yahweh (Lord, Jehovah)
- Jehovah Nissi (The Lord My Banner)
- Jehovah-Raah (The Lord My Shepherd)
- Jehovah Rapha (The Lord That Heals)
- Jehovah Shammah (The Lord Is There)
- Jehovah Tsidkenu (The Lord Our Righteousness)
- Jehovah Mekoddishkem (The Lord Who Sanctifies You)
- El Olam (The Everlasting God)
- Elohim (God)
- Qanna (Jealous)
- Jehovah Jireh (The Lord Will Provide)
- Jehovah Shalom (The Lord Is Peace)
- Jehovah Sabaoth (The Lord of Hosts)
Mengenai hal kedua ini, aku memohon maaf kepada umat Kristian jika aku tersilap. Aku cuma insan biasa yang selalu sahaja silap. Tamat hal kedua. Sekarang hal ketiga pula. Kita semua tahu, Islam telah lama menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka di Malaysia ini berkurun lamanya. Kenapa mereka sibuk untuk menggunakan nama Allah juga?! Tidakkah ini seperti meniru agama lain?! Dalam hati manusia biasa aku terfikir, kenapa mereka boleh menukar-nukar perbendaharaan kata dalam agama mereka sewenang-wenangnya? Aku cuma insan biasa sebab itu aku hanya mampu berikan soalan kepada mereka. Secara logik akal aku, nampak seperti mereka tidak tetap pendirian dan seperti sengaja menimbulkan isu ini. Maafkan aku umat Kristian jika aku tersilap. Tidak sedikitpun hati ingin ingin mencerca agama kalian.
Tadi cerita hal ketiga, sekarang hal keempat pula. Sebagai umat Islam di Malaysia, sudah pasti aku sendiri terasa agama aku terancam. Untuk jangka masa panjang, banyak kesan negatif akan diterima oleh umat Islam di Malaysia. Sebagai contoh, kes ini boleh dijadikan kes contoh pada masa hadapan jika ada agama lain ingin mendapat hak eksklusif umat Islam di Malaysia. Selain itu, penggunaan kalimah Allah juga boleh mengelirukan umat Islam yang lain. Tidak mustahil juga satu hari nanti orang bukan Islam dan Islam boleh berkahwin antara satu sama lain dengan alasan Tuhan mereka adalah sama, Allah.
Hal kelima. Allah adalah pencipta langit dan bumi. Allah adalah Tuhan sekalian makhluk di muka bumi ini. Jika ada orang agama lain ingin menjadikan Allah sebagai Tuhan mereka aku rasa tidak salah tetapi perlulah mentauhidkan Allah dan tidak menyukutukannya dengan yang lain kerana Allah Tuhan sekalian alam. Inilah yang di amalkan oleh ahli kitab. Mereka percaya Tuhan itu satu, tetapi enggan keluar dari agama asal mereka. Allah Tuhan untuk semua kerana Allah juga yang mencipta mereka dan sekalian alam.
Walau apa jua alasan yang diberikan, aku memang membantah penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan oleh Gereja Herald. Ini bukan kerana aku membenci agama mereka ataupun tidak mahu berkongsi Tuhan dengan meraka tetapi aku tidak mahu ajaran Islam itu diselewengkan pada masa akan datang. Banyak lagi masalah akan timbul seperti perpecahan perpaduan, rusuhan antara agama dan mungkin pertumpahan darah insan yang tak berdosa.
Oleh itu, aku mengajak anda dan rakan-rakan anda untuk menandatangani satu petisyen yang dibuat MuslimConsumer.org di sini. Nyatakan pendirian anda, sokong, bantah atau tidak tahu menahu. Tandatangan anda amat diperlukan sekarang. Jika anda seorang Muslim,bantahlah keputusan Mahkamah ini. Jika anda seorang bukan Islam, terpulang untuk anda untuk membuat keputusan. Jika anda tidak menyokong Islam sekalipun, lakukan demi Malaysia tercinta.
Ya Allah, aku tahu aku bukan hamba yang sempurna untukMu. Segala hidupku, matiku, ku serahkan segalanya kepada Kau. Kau yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
Tags: ahli kitab, bible, gereja koptik, injil, Islam tercabar, Kenapa Gereja Katholik, Menggunakan Kalimah Allah, nama Allah, terbitan herald















vote yang bagus beb.
saya bangkang…..
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 5:20 am
trimas kerana sudah vote..
[Reply]
aku tak setuju diorang mengelirukan Islam.
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 5:20 am
samalaa..
aku pun kurang setuju..
[Reply]
info yg bagus.. terima kasih.. skrg gak aku sign..
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 5:21 am
sama2..
saya sekadar menjalankan tugas..
[Reply]
org kristian mmg percaya wujudnya allah, cuma dia percaya allah tu ada anak..bg umat islam allah tu esa iaitu satu, tidak beranak dan tidak peranakkan..cuma, kdg2 aku pikir, org kristian pun ada hak, sbb diorg pun percayakan allah itu wujud..aku cuma tkt, org kristian akan mggunakan nama allah utk myesatkan umat islam je..
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 5:22 am
tulaa..
ade pro n cons dalam hal ini..
hurm..
[Reply]
info cun! dari kajian secara peribadi yang baik juga. ada pro dan kontranya.
aku sokong petisyen dan bantah apa yang berlaku di tanah air aku!
semoga Allah merahmati apa yang kita semua lakukan demi kerana maruah agama kita, islam!
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 5:25 am
sekadar mengkaji dan mengetahui..
[Reply]
menarik dan penyampaian yang jelas, apa yg pasti sy bantah tidakan gereja tersebut.
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 9:46 am
sekadar berkongsi utk maklumat semua..
[Reply]
salam.. perkara yg sedang hangat.. membuak2 ingin melontarkan pandangan tp kajian perlu dibuat sblm sesuatu diperkatakan..
stakat ini apa yg boleh di nyatakan.. penggunaan kalimah Allah di Malaysia adalah tidak wajar kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan pd masyarakat.. bg umat islam Allah itu ‘lam yalid wa lam yuulad’..Allah itu Maha Esa..sedangkan tuhan mereka jauh berbeza dr zat2 al-Khaliq..
alislamu yu3laa wa laa yu3laa 3alaih
salam
maaf sekiranya ada kesilapan dalam melontarkan pendapat
[Reply]
Raja Kamil Reply:
January 13th, 2010 at 3:06 pm
Pandangan yang boleh diambil kira
Akak nurul,
ayat tu salah tu…yg sebenarnya,
“..Ya’lu wala Yu’la Alaih ”
[Reply]
ustaz naga terbaekkk…!!!! hehe..
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 9:52 am
haha..
aku bukan ustaz ler..
aku sekdar kongsi ape yang aku tau jer..
hurm..
[Reply]
kita di anugerahkan akal yang waras. apa slhnya kite gunakan akal yg waras itu untuk menegakkan syiar Islam..
same 2 la kite vote yg merah tu…
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 10:17 am
terpulang kepada kewarasan masing-masing utk vote yang mana satu..
hehe
[Reply]
sama2lah kita tingkatkan keimanan kita… mungkin ada hikmah dari setiap ujian yang ALLAH turunkan kepada umatnya..
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 10:17 am
ya..
semuanya ada hikmah disebaliknya..
Allah lebih mengetahui..
[Reply]
hehe, betullaaa aper yang ko cakap tue.. sengaja jer diorang nak timbulkan isu nie nak bagi kecoh dan berlaku perbalahan lagi.. hohohoho!
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 10:18 am
haha..
aku tanak tuduh sesiapa..
aku juz bercakap secara general..
kang tak pasal2 kena tangkap plak bawah akta hasutan..
haha
[Reply]
memang tidak dinafikan. pasti ada sesuatu di sebalik kemahuan pihak gereja untuk menggunakan kalimah ALLAH. saya juga bangkang.
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 10:22 am
mereka pasti menjaga kepentingan mereka..
haha..
kita jagalah kepentingan kita sendiri..
hehe
[Reply]
Jom kita sebarkan hal ini…
Aku memang bantah sekeras-kerasnya, lagi keras daripada batu konkrit..
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 10:44 am
mari sebarkannya bersama..
[Reply]
dah tandatangan..bantah!!
[Reply]
Jaws Reply:
January 30th, 2010 at 10:48 am
trimas sebab dah tandatangan..
[Reply]
Meh kita link kan Jaws, http://sue-sygckit.blogspot.com/2010/01/bantah-jika-tak-setuju.html ok?
[Reply]
PASTI ada muslihat untuk membingungkan umat ISLAM yang kurang ILMU agamanya yg kurang kenal ALLAH. Seperti di Indonesia mereka katakan agama mereka sama je dengan Islam kerana mereka sama-sama kongsi guna perkataan Allah dan akhirnya berbondong-bondong masuk kristian.
[Reply]
antara entri paling menarik aku baca berkenaan isu ini. banyak aku dapat tahu daripada entri ini. terima kasih!
[Reply]
Social comments and analytics for this post…
This post was mentioned on Twitter by taufiqh: This is good writing RT @JerungPerkasa Kenapa gereja katholik beria-ia menggunakan nama Allah? http://tinyurl.com/y9566fg...
Salam, Kristian dan Yahudi dah lama diorg pakai kalimah Allah sejak azali..tapi terlalu banyak penyelewengan yang mereka lakukan dan banyak bertentang dgn akidah. Contoh Kitab Injil diorg pun guna kitab tersebut kita pun ada tp diorg seleweng. Di Malaysia sendiri paderi-paderi guna kalimah tersebut di gereja mereka tapi cuma diorg tak boleh publish..diorg dah lama guna. Dan sekarang isu ini berbangkit sbb diorg dah publishkan di majalah2 ,media…kita patut membantah penggunaan kalimah Allah supaya tidak berlaku percanggahan atau penyelewengan yg boleh merosak akidah Islam. Sekarang ni pun byk yg telah menyesat. Diorg nak samakan Islam dan Kristian itu adalah sama. Padahal sengaja nak sesatkan dan mengaburi ummah & masyarakat sejagat…wasalam
[Reply]
satu pendapat ug bernas…
BUT
kami BANGKANG 100% membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah…
TAKBIR!!!
[Reply]
satu pendapat yg bernas…
BUT
kami BANGKANG 100% membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah…
TAKBIR!!!
[Reply]
jgn negara malaysia ni jadi macam indonesia sudah..kat sana..mc2 kepelikan mengenai agama boleh dinampak.
[Reply]
Nice Research dude n_n.. but.. No comment..”masing2 ada kepercayaan” n_n Just Belive In What You Belive.
[Reply]
salam saudaraku,
saya bersetuju dengan pendapat saudara penulis , tetapi mengenai hal yang pertama
dalam al quran ada menyebut, apabila allah turunkan kitab pada mu muhammad iaitu al- quran maka kitab kitab sebelumnya tidak boleh diguna pakai lagi, kerna al quran kitab yang paling lengkap dan kitab sehingga akhir zaman dan muhammad nabi akhir zaman sehingga datangnya kiamat.allah itu satu , dia tidak beranak dan tidak di peranakkan.Tidak ada persamman dia dunia ,tidak diatas atau dibawah, tidak di Luar atau di dalam, berdirinya allah dgn zat (dengan sendiri).siapa yang memberitahu allah itu allah,dialah yang menamakan dirinya allah.AKU INI TUHAN MU ALLAH PEMERINTAH SEKELIAN ALAM.maka bertasbihlah dan memohon pertolonganya.semoga kita mendapat rahmat.wasalam
[Reply]
apa anda katakan..kristian telah pun menggunakan kalimah tersebut sejak 300 tahun yg lalu..anda katakan ia cubaan untuk memesongkan akidah umat islam..cuba bg senarai yg telah murtad sejak 300 tahun lau sehingga ke saat ini..n bilangan org kristian msk islam..banyak yg menyangka umat kristian malaysia baru hari ini menggunakan kalimah tersebut…pada hal ia telah d gunakan 300 tahun yg lampau..akidah annda x terpesong walau sedikit pun kalau anda kuat iman..
[Reply]
Jaws Reply:
February 15th, 2010 at 2:32 am
pebenda point yg kau cuba sampaikan ni?
aku tak faham..
tetiba jer..
[Reply]