Selamat Datang 2010, Selamat Tinggal 2009
Hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke era baru, 2010. Dengan kesempatan ini, JerungPerkasa.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun baru 2010. Semoga apa yang di impikan selama ini menjadi kenyataan dalam tahun 2010. Semua angan-angan boleh jadi kenyataan jika kita mengikut kaedah dan langkah yang betul.
Merenung kembali tahun 2009, terlalu banyak yang ingin dikongsikan dan direnungkan. Banyak betul kesilapan tahun 2009. Tapi dari sini kita akan belajar yang mana satu betul, yang mana satu salah. Jangan takut melakukan kesilapan kerana dari kesilapanlah kita belajar tentang kebenaran.

Sepanjang tahun 2009, kenangan yang aku tak boleh lupa adalah praktikal 8 bulan di GSCM, Petronas dan kerugian RM 10k. Seriusly, praktikal ini banyak mengubah aku dan mengajar aku erti kehidupan. Terima kasih kepada supervisor aku Mr. Azman A. Rahman dan Pn. Rita Irina yang banyak mengajar. Akan aku terbitkan satu entry tentang GSCM, Petronas bila aku dah abis praktikal ni. Ada lagi seminggu lagi aku praktikal. Kerugian sebanyak RM10k pada 3 bulan lepas memang membuatkan aku terjelupuk jatuh dan berfikir tentang alangkah indahnya jika aku menyimpan lebih banyak dari simpanan aku sedia ada sekarang. Tapi takpe, jadikannya pedoman hidup akan datang.
Akhir kata, terima kasih kepada pembaca setia JerungPerkasa.com. Dalam 2010 ini, JerungPerkasa.com akan cuba bergerak lebih maju dengan menyediakan pelbagai perkara menarik untuk di kongsi bersama. Bersama kita lalui 2010 ini dengan kesabaran dan ketenangan. Tuhan sentiasa bersama sama dengan orang-orang yang sabar.
P.s – aku akan senaraikan azam tahun baru aku di entry akan datang. letak kat blog ni senang skit nak ingat.
Tags: 2009, 2010, azam tahun baru, JerungPerkasa, Selamat Datang 2010, selamat tahun baru, Selamat Tinggal 2009















Happy New Year 2010! Seronok dapat buat entri penutup kan? Hoho.
Semoga tahun yang akan datang memberi 1001 kenangan manis dan kejutan yang menggembirakan hati. All the best!
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:17 pm
thanks..
[Reply]
Tahniah kepada bro…. semoga lebih sukses …..bravo….
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:11 pm
terima kasih1!!
[Reply]
Semoga 2010 dapat dilalui dengan bergayanya
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:18 pm
insyaAllah akan lalui dengan bergayanya..
[Reply]
Happy new year jaws,
citer sket macamana leh rugi 10K tu…
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:19 pm
nanti laa aku cioter personal kat ko..
malas nak bising2 kat blog..
huhu..
[Reply]
Selamat tahun baru untuk kamu juga
dan selamat mengubah impian mencapai cita-cita
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:21 pm
terima kasih..
semoga yang di impikan menjadi realiti..
[Reply]
selamat tahun baru jaws..
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:22 pm
selamat tahun baru juga..
[Reply]
happy new year 2010! =)
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:23 pm
epi new year to u too..
[Reply]
kerugiaan 10k tu nape bro?
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:23 pm
haha..
nanti laa aku ceritakan…
malas tulis kat blog..
[Reply]
selamat tahun baru.. ape projek tuk tahun ni pulak?
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:34 pm
projek semua dalam perancangan..
insyaAllah akan realease dari semasa ke semasa.
[Reply]
Happy New Year gak beb! Semoga tahun ni akan dapat mencapai impian dan cita-cita kamu.
[Reply]
wow! 10k kerugian memng boleh jatuh terjelupuk ney…
hope bro kuatkan semangat kerana 2010 menanti dengan penuh cabaran
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:44 pm
tulaa..
tengah kuatkan semangat gak ni..
hurm..
[Reply]
happy blogging 2010…yeahh!!!!
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:44 pm
epi blogging 2010 juga..
[Reply]
selamat tahun baru.. hoho, aku tak sempat buat entri penutup tahun.. enjoy punye pasal.. XD
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:49 pm
dok russia memang best laa enjoy..
haha..
[Reply]