3 Sebab 21.12.2012 Bukan Hari Kiamat
Mungkin aku agak terlewat menonton filem 2012 ini. Tapi ini merupakan sebuah filem yang sangat-sangat aku nantikan sejak 3 bulan lepas sebaik sahaja menonton iklannya. Bagi aku, ia merupakan sebuah filem yang wajib aku tonton di panggung wayang dan bukannya download di internet. Aku ingin rasai sendiri gegarannya di paggung wayang. Disebabkan kesibukan melampau, baru petang tadi aku berkesempatan untuk pergi ke Galaxy Ampang untuk menonton filem ini bersama-sama Ryehanna dan Yasha. Thanks to Ryehanna sebab belanja aku wayang
. Macam tau-tau je aku tengah sengkek ni.
Sebaik pulang dari rumah, aku mula memikirkan masalah 2012 ini. Filem ini memberi sedikit impak kepada diri aku. Membuat aku berfikir sebentar. Dahulu masa di sekolah menengah aku banyak membaca dan mengkaji tentang hari kiamat, Imam Mahdi dan Nostradamus kerana bagi aku isu ini amat menarik untuk di kaji, ianya tentang masa depan! Semua orang ingin tahu bagaimana masa depan. Selain dari membina mesin masa, ramalan dan hadis terdahulu juga dapat membantu kita ‘melihat’ masa depan. Aku telah menghabiskan ratusan ringgit semasa itu untuk membeli buku-buku berkaitan kiamat dan yang paling mahal sekali adalah buku ramalan Nostradamus. Seriusly, aku memang minat gila dengan Nostradamus ini kerana hampir semua ramalannya mengena!
Lepas habis SPM, aku terus mengabaikan semua buku-buku tu sebab terlalu asyik dengan kenikmatan dunia. Dan sejak akhir-akhir ini, ingatan aku kepada Nostradamus berbangkit semula apabila 2012 mula ditayangkan. Ramai yang bertanyakan tentang ramalan Nostradamus mengenai tahun 2012. Yang menjadi persoalannya, benarkah tarikh 21 Disember 2012 merupakan hari kiamat? Aku berasa sedikit cuak kerana ianya hanya lebih kurang 3 tahun dari sekarang. Terlalu singkat untuk kita bersedia!

Setelah membuat sedikit sebanyak kajian di internet, aku dapat simpulkan yang kiamat kemungkinan besar tidak akan berlaku pada 20 Disember 2012 kerana 3 sebab di bawah:
1. Kalender Kaum Maya merupakan sebuah kalendar bukan sebuah ramalan.
- Kalendar Kaum Maya yang menjadi teras kepada filem 2012 berakhir pada 2012. Ianya bukan petunjuk bumi kita akan berakhir juga pada 2012. Jika kaum Maya masih hidup hingga ke zaman ini, sudah pasti mereka akan menyambung kalender mereka. Kemungkinan besar, apa yang akan berlaku pada 2012 hanyalah satu peristiwa besar cuma kita sahaja yang tidak tahu. Dibawah merupakan beberapa andaian yang mungkin berlaku pada 2012:
1. Berhentinya waktu (bumi berhenti berputar).
2. Peralihan dari Zaman Pisces ke Aquarius.
3. Peralihan dari Abad Silver ke Abad keemasan.
4. Akan ada sebuah galactic Wave yang besar, yang memberhentikan semua kegiatan di muka bumi ini, termasuk kemusnahan manusia.
5. Perubahan dari dimensi 3 ke dimensi 4, bahkan 5.
6. Kehidupan manusia meningkat dari level dimensi 3, ke 4, DNA manusia meningkat dari strain 2 ke 12, sehingga manusia dapat menggunakan telepati.
7. Ada yang menyatakan tidak akan terjadi apa-apa.
8. Ditemukannya mesin masa dan stargate.
9. Manusia sudah dapat melakukan transportasi ke galaxy lain, melalui stargate.
10. Bangkitnya Messiah, yang akan menyelamatkan manusia dari kehancuran.
11. Kebangkitan Isa AS / Jesus.
12. Buat pertama kalinya peradaban manusia berhubung dengan Alien/UFO.
2. Dalam buku ramalan Nostradamus, beliau menulis ramalan dari abad ke-16 hingga tahun 3797.
- Jika Nostradamus menulis ramalan hingga tahun 3797, sudah pasti dia tidak meramalkan kiamat adalah pada 2012 kerana membazir sahajalah dia menulis ramalannya sehingga 3797. Nostradamus menulis ramalannya dalam bentuk syair Perancis yang diterjemahkan ke Inggeris menyebabkan ramai orang sukar untuk memahaminya. Namun, beliau ada meramalkan sesuatu yang besar akan berlaku pada tahun 2012 tetapi tidak dapat diterjemahkan dengan tepat. Sebagaimana beliau meramalkan Obama sebagai Presiden kulit hitam Amerika yang akan membawa perubahan seperti ayat di bawah:
Born of obscure and dark family,
Of white and black of the two intermixed.
The dark one biding his time,
Before the Empire changes.
- Jika kita membaca sepintas lalu, kita tidak dapat membayangkan bahawa ramalannya ini ditujukan kepada Obama. Setelah Obama menang dalam pilihanraya, barulah pengkaji tahu yang perenggan ini ditujukan kepada Obama. Begitu juga dengan peristiwa 2012. Kemungkinan besar ayat di bawah MUNGKIN ada kaitan dengan 2012:
At the place where HIERON has his ship built,
there will be such a great sudden flood,
that one will not have a place nor land to fall upon,
the waters mount to the Olympic Fesulan.
3. Tiada satu pun ramalan kiamat sebelum ini betul.
- Sudah terlalu banyak ramalan sebelum ini yang menyatakan tarikh tentang hari kiamat tidak menjadi. Antaranya, ada ramalan yang menyatakan kiamat akan berakhir selepas 6000 tahun Nabi Adam diwujudkan, iaitu 500 setelah masihi namun tidak terjadi. Pada tahun 989, komet helley melalui ruang angkasa bumi dikatakan akan menghentam bumi, namun tidak jua berlaku. Pada tahun 1666 disebutkan sebagai Year of the Beast dimana bumi akan hancur, namun apa yang terjadi hanya kejadian kota London mengalami kebakaran yang amat dahsyat. Dan yang terakhir sekali, orang meramal tahun 1999 berdasarkan ramalan Nostradamus juga tidak terjadi. Ramalan beliau adalah seperti di bawah:
The year 1999, seventh month,
From the sky will come a great King of Terror.
To bring back to life the great King of the Mongols,
Before and after Mars to reign by good luck.
- Ketika itu, ramai yang mengandaikan tahun 1999 adalah tahun terakhir untuk bumi namun setelah masa berlalu sebenarnya ramalan ini merujuk kepada peristiwa lain. Berdasarkan ramalan-ramalan terdahulu yang popular tetapi tidak menjadi, kemungkinan besar kiamat juga tidak akan terjadi pada 2012. Wallahualam.
Michel de Nostredame (1503-1566)
Kesimpulannya 3 sebab ini merupakan faktor 2012 bukanlah hari kiamat. Dan 3 sebab ini merupakan pandangan peribadi aku melalui pembacaan di internet dan buku. Maafkan jika ianya tidak tepat atau menyinggung sensitiviti sesetengah pihak. Sesungguhnya, hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui bilakah hari kiamat yang sebenar mengikut ayat Al-Quran di bawah:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي لاَ يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لاَ تَأْتِيكُمْ إِلاَّ بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ
Artinya : “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui”. (QS. Al A’raf : 187)
P/s – Jika aku nak ramalkan 2012 sebagai hari kiamat, aku akan ambil tarikh 20 Disember 2012 (20.12.2012). Smart sikit nombor berbanding dengan 21 Disember 2012 (21.12.2012).
Tags: 2012, 21.12.2012, Hari Kiamat, Kaum Maya, Nostradamus, Ramalan















JerungPerkasa » Blog Archive » 3 Sebab 21.12.2012 Bukan Hari Kiamat…
3 Sebab 21.12.2012 bukan hari kiamat…
Giler siot ko pny review. Memang kalau didedahkan kepada semua orang, akan menimbulkan tanda tanya lepas tu langsung pi tgk kt wayang sbb nk taw apa sebenarnya yg berlaku dlm story 2012 nih. Syabas bete syabbasss..
[Reply]
Jaws Reply:
November 22nd, 2009 at 2:43 am
haha..thanxs..
ini sekadar berkongsi idea sahaja.
sebab aku minat nostradamus..
so, tak salahcerita kat sini.
[Reply]
aku pn suke Nostradamus.. tp aku tak sanggup habiskn wang ringgit beli buku2 cmtu.. huhuu.. aku takut kalau2 terlalu excited bleh buat kite ke arah yg tak diingini..
[Reply]
Jaws Reply:
November 22nd, 2009 at 2:56 am
haha..
betul tu..
tapi tak salah kita kaji kan ?
ilmu utk masa depan..
[Reply]
Nostradamus meramalkan 2012 akan berlaku kiamat.Obama juga mungkin akan memerintah hingga 2012.Perlantikan Obama mungkin hanya kebetulan atau ada sesetengah pihak yang telah merancang untuk melantik Obama.Jadi Nostradamus akan dianggap tukang tilik yang hebat. Aku berpendapat.Ramalan die ni hanya fake semata-mata. Dan ada beberapa tragedi yang telah diramalkan oleh Nostradamus tu dan seakan2 terjadi,aku rasa mungkin telah dirancang oleh fanatik/penyokong Nostradamus.So that,public akan rasa Nostradamus is the special one. Dan mulalah yang menjadi pengikut Nostradamus dan mula mempercayai Nostradamus dan mula mengagung-agungkan Nostradamus.Ini juga merupakan salah satu muslihat orang kafir untuk memesongkan akidah umat Islam.Nauzubillah.
[Reply]
Jaws Reply:
November 22nd, 2009 at 3:01 am
haha..
kau tak baca abis ker?
aku tulis nostradamus tak meramalkan 2012 sebagai kiamat.
sebab ramalan dia tulis sampai tahun 3797.
so. mustahillah kiamat 2012 kalo mengikut ramalan dia..
tahun yang lebih2 tu, bazir jer dia ramalkan.
dia juz ramalkan ada sesuatu yg besar akan berlaku.
[Reply]
mantop siot review haha.!
rajin ko korek sume mende ni..
[Reply]
Jaws Reply:
November 22nd, 2009 at 10:51 am
benda dah ada..tinggal nk letak jer..
hehe
[Reply]
eeeemmmm…….Nabi sendiri yang paling terdekat ngan Allah tak tahu bila waktu kiamat korang pi lak caya ngan yang kafir….isk…buang masa….
[Reply]
Jaws Reply:
November 22nd, 2009 at 11:08 am
diorang kan suka mengkaji..
sebab tu bangsa diorang lebih maju.
cuma kekadang diorang terpesong sebab takde pegangan..
huhu..
[Reply]
haha kita ni siapa nak meramal kiamat?kita tak layak =D
mat saleh tu sume mengencing je. wakakak
[Reply]
Jaws Reply:
November 22nd, 2009 at 12:56 pm
hahaha..
betul tu..
tapi tak salah nak kaji kan?
hehe..
[Reply]
senang cakap mmg takde sape pun bleh tentukan kiamat tu bila..tanda2 mmg banyak..tu jer..
[Reply]
Jaws Reply:
November 22nd, 2009 at 12:56 pm
betul tu….
takde sape tahu bila kiamat akan terjadi..
hanya ramalan jer..
[Reply]
kamu mmg.. tak habis2 ngan nostradamus tuh. hehehe. 2012 great movie cuma agak mengarut
[Reply]
mat2 salleh nih suke wt filem berbentuk begini…
ramalan semata-mata…
tapi bila itu tidak diketahui cuma ia memang pasti…
[Reply]
Jaws Reply:
November 22nd, 2009 at 3:38 pm
ya..
ia memang pasti..
cuma tak diketahui sahaja..
[Reply]
wah aku ske review ko bro..mantap siot!
ok laa senang citer, xde sape tau ble kiamat kn..
Allah saja laa yg maha mgetahui..
apa pon kajian2 nie mmg mnarik..
[Reply]
Jaws Reply:
November 23rd, 2009 at 9:13 am
juz a review from my heart..
[Reply]
kiamat nie tak ada sapa yang tahu.. hanya DIA.. tapi tanda2 tu DIA akan tunjuk..
sebab dah tertulis dalam AL-QURAN.. Cuma antara sedar dgn tak sedar je kita sebagai manusia nie.. huk3
tapi tak salah jugak kita manusia nak mengkaji benda2 nie asal jgn smpai terpengaruh dgn andaian2 yang di buat mat saleh nie udah ler.. keh3 ^____^
[Reply]
Jaws Reply:
November 23rd, 2009 at 7:19 pm
yeargh!!
betul tu!!
\hehegegege…
[Reply]
aku ada terbaca dalam mastika benda nie . thnx dapat + info nie
[Reply]
Jaws Reply:
November 23rd, 2009 at 9:31 pm
owh..aku dah lama tak baca mastika..
huhu..
[Reply]
sgt menarikkkk!
[Reply]
Jaws Reply:
November 23rd, 2009 at 11:28 pm
haha..
terima kasih!
[Reply]
hi Jaws,pa kbr?
ni kali pertama komen kat sini..
dan menerima email pertama dari kamu..tq bro..
hari ni cuti mungkin nak gi tengok wayang ni jugak lah..mesti best ni kan..
[Reply]
Jaws Reply:
November 24th, 2009 at 7:17 pm
haha..
dah tgk nanti bg komen..
erm, nanti saya add link kamu..
tenet slow skang ni..
[Reply]
aku pun same ngan diorang.. byk gile pengetahuan ko dalam bab2 nie… hehe, aku baru nak google nostradamus nie.. hoho,
papepun, baik kita bersedia sentiasa untuk kiamat tue kan3?
[Reply]
Jaws Reply:
November 24th, 2009 at 7:20 pm
aku juz baca aper yg aku minat..
dah minat ke situ..
so baca jer la..
hehe..
[Reply]
[...] Tags: centuries, Nostradamus, quatrin, Ramalan, Siapakah Sebelum ini, aku ada menulis tentang 3 Sebab 21.12.2009 Bukan Hari Kiamat dan banyak menyebut tentang Nostradamus dan ramalan-ramalannya. Pada entry kali ini, aku ingin [...]
sbelum brlaku kiamat ada kronologinye dlu….salah satunyer Rusia akn btperang..kalo nk tau lebih lnjut tnya ustaz2 yg bleh dpercayai..
[Reply]
Jaws Reply:
November 26th, 2009 at 6:48 pm
ya..
betul tu..
byk lagi akan terjadi..
juz wait n see..
the time will come..
[Reply]
nk harapkan baca buku sejarah, mmg ubat mngantuk ja
mmg berbaloi2 dikaji & dipublish entri sejarah klau dh minat
[Reply]
Jaws Reply:
November 26th, 2009 at 6:47 pm
rugi woo tak minat sejarah..
sejarah best ape..
hahaha..
nanti akan di pelbagaikan..
[Reply]
apa yang harus kita ingat…. KIAMAT sudah dekat….
[Reply]
Jaws Reply:
November 29th, 2009 at 10:15 pm
yaa..
betul tu!
[Reply]
Jaws Reply:
November 29th, 2009 at 10:24 pm
yaa.. betul tu!
[Reply]
[...] dunia kedua, Ramalan, Ramalan Nostradamus Dalam post sebelum ini, aku telah bercerita tentang Nostradamus dalam 2012 dan biodata dirinya. Kali ini aku nak kongsikan 10 ramalan Nostradamus yang telah terjadi dan agak [...]
ko baca balik buku sejarah tingkatan 4 & 5 tu ke???
[Reply]
ko pakai sepaku hosting kn. bagus ke. aku nk tukar hosting ni. nk tanya sepaku ni bagus ke x dia punya uptime. Murah sikit pada hosting aku sekarang ni iaitu fivio.com yg kurang mesra pelanggan.
[Reply]
[...] JerungPerkasa [dot] com | 3 Sebab 21.12.2012 Bukan Hari Kiamat December 8th, 2009 3 Alasan 21.12.2012 Bukan Hari Kiamat. … 3 Sebab 21.12.2012 Bukan Hari Kiamat. Mungkin aku agak terlewat menonton filem 2012 ini. Tapi ini merupakan sebuah filem yang sangat-sangat aku nantikan sejak 3 bulan lepas sebaik sahaja … [...] [...]
I dont think its gonna be the end of the world.I mean how can mayans people predicted that 2012 is doomsday because of piece of weird wheel calenders,its doesnt make any sense its hillarious,and
sorry if tell u this.Nostradamus arent
God he just tried to scare us,the world will comes to new ages of era not doomsday!!!
[Reply]
They think theyre god or somethin’ got to hell with them!!!Ill be waitin till 2012 and if were past that year,ill never believed this suff anymore
[Reply]
But what makes me worried that”21″drops on FRIDAY,check it out if u dont believe me!I know Friday is the leads of all day and Muslims predicted that the Doomsday only happen in Friday im totally scared 100% lol!!!
[Reply]
[...] yang panjang. Sebelum ini aku banyak buat entry-entry yang agak berat seperti bercerita tentang Hari Kiamat 2012, Nostradamus dan ramalannya, kisah jutawan-jutawan yang lahir dari internet dan prinsip-prinsip [...]
kalau x kiamat pada 21.12.2012
aku nak pergi kat U.S, aku nak gelak kat diorang…. Bodoh punye kafir laknat
[Reply]
Aku berpendapat kiamat itu ada dan dalam syurga nanti terdapatnya dua pintu.masa boleh mengundur dan sekiranya masa terus mengundur kita akan kembali menjadi orang lain.
[Reply]
tapi bagus gak citer ni nak menyedarkan segolongan manusia yang alpa….
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 4:27 pm
sebab itu entry ini ditulis.
utk memberi ingatan kepada aku dan semua orang..
[Reply]
Aku setuju bro…TQ bro kerana bg aku ilmu ttg hari kiamat supaya aku dpt mantapkan keyakinan ku dan keimanan ku. saya rasa cuak jugak, bila saya baca petikan ayat AL-Quran di atas…”betul jugak” kita sebagai Islam, Allah sahaja yg th bila datang kiamat…
TQ…Jumpa lg…
[Reply]
Jaws Reply:
February 11th, 2010 at 9:21 pm
sama2..
semoga ianya dapat membantu sesama manusia..
[Reply]
adakah nostradamus mengambil salah satu catatan dari imam ali r.a ?
sesungguhnya nabi muhammad kotanya dan ali pintu kotanya.
[Reply]