February 10th, 2010

Melayan Movie Dengan Penuh Kebosanan

Lama aku tak update blog. Bukan apa, aku takde idea nak update ape. Tiada yang menarik berlaku di sekeliling hidup aku. Semenjak masuk belajar kat UTP ni aku hanya habiskan masa di kelas dan bilik sahaja. Lepas habis kelas aku balik bilik, bila balik bilik layan internet dan layan movie je. Takde yang menarik berlaku. Rasanya cam praktikal lagi best kot. Leh jalan-jalan kat dunia luar. Jumpa macam-macam jenis orang.

Semenjak UTP sekat penggunaan DC++, aku kurang menonton filem dan movie terbaru sebab nak download dari internet lama. So, aku cuma ulang tayang movie-movie lama yang ada dalam harddisk yang total kapasitinya 1.62 Tera ni. Kekadang ada jugak aku mintak kat kawan-kawan yang ada movie baru menerusi Gtalk. Bila guna LAN ni, laju plak transfer movie guna GTalk. 1 movie kadang-kang 2 minit jer. Kalau ada sesiapa budak UTP yang nak movie atau series yang lama, boleh la contact aku ikut Gtalk. ID Gtalk aku pepandai la korang cari. Sama je dengan ID YM aku.

Lebih-lebih lagi aku sekarang mempunyai masalah konflik dalaman diri. Aku malas nak cerita pasal konflik ini. Semalam seharian aku tak pergi kelas sebab nak setelkan konflik ini. Alhamdullilah setel juga konflik ni dan hari ini aku kembali seperti biasa. Aku rasa terlalu banyak menonton movie sampai overdose movie tu yang jadi camni. Hari Khamis atau Jumaat aku nak balik rumah kat KL. Nak makan nasi mak aku masak puas-puas. Kat sini makanan kena bayar sendiri. Dah la aku tengah sengkek skang ni.

Aku rasa dekat seminggu gak la aku mengurung diri dalam bilik bertemankan movie-movie yang ada. Seriusly aku rasa bosan gila taktau apa nak buat. UTP sungguh membosankan. Kekadang aku nak buat kerja di internet pun payah dengan Internet UTP yang banyak block berbagai web seperti Youtube. Diorang tak tahu ke company yang membenarkan pekerjanya melayan Youtube melahirkan pekerja yang lebih produktif. Dah la Youtube tu sumber rujukan video yang bagus. Thinks positif la admin UTP weh.

Ada MPP pun tak guna. Dah hampir 5 tahun aku duduk UTP ni tak de sebarang perubahan besar pun yang di lakukan oleh MPP. Internet still perlahan macam dulu dan kini diorang mansuhkan DC++. DC++ tu ibarat nyawa budak-budak UTP ni. Kat situ la kita boleh chating sesama student dan membicarakan isu semasa, membuat pengumuman tentang event di UTP di samping berkongsi file seperti nota lecture, movie dan mp3 terkini. Teringat zaman ada DC++ dulu. Semuanya yang korang perlukan ada disini. Aku pun tak faham kenapa diorang mansuhkan DC++ sebab aku balik praktikal je, DC++ gone.

Tapi aku still tak puas hati ngan MPP gak. Diorang jadi MPP takyah bertanding pun. Kalau aku nak jadi MPP pun senang-senang je takyah susah-susah berkempen. Silap-silap aku boleh jadi presiden kot. Tapi aku malas sebab aku ada tanggungjawab lain yang perlu di laksanakan. Tanggungjawab pada perniagaan aku. Korang yang diberi tanggungjawab dan amanah ni buat la keje elok-elok ye? Aku tengok MPP kat elearning tu takde sebarang update pon. Carta organisasi kat elearning tu pun belum tukar lagi.

Dah melalut cerita sampai MPP plak. Kalau ada MPP yang baca ambil iktibar erk? Tak puas hati ngan aku leh je cari aku. Ada je kat UTP ni. Banyak lagi yang korang boleh perjuangkan untuk pembangunan pelajar ni. Event-event  yang hampir sama objektifnya mansuhkanlah. Bazir duit jer orang sponsor tapi outcome tetap sama. Think different!!! Dah-dah, stop kutuk MPP. Berbalik pada medley movie non-stop selama seminggu yang telah aku lakukan. So, aku terjumpa sesuatu yang aku rasa ramai dah diantara korang yang dah tau. Tapi aku nak share gak kat sini. Peduli apa aku orang dah tau or orang tak tahu lagi.

Korang masih ingat tak scene dalam Transformers 2 : Revenge of the Fallen yang ada lambang Malaysia Airlines System atau MAS? Aku yakin dah ramai orang tahu dan ramai juga yang dah tahu scene tu ada dalam Mission Impossible 3. Tapi korang tahu tak yang scene tersebut di ambil gambarnya pada waktu dan ketika yang sama? Gambar di bawah sebagai bukti.

Ini scene yang di ambil dari Mission Impossible 3 pada timeline 1:34:04 (1 Jam, 34 minit, 4 saat )

Dalam bulatan merah itu adalah Tom Cruise (Ethan) sedang menunggu Davian (Jack Black) untuk membuat pertukaran Rabbit Foot dengan isterinya.

Sekarang perhatikan kedudukan api dalam bulatan tu pulak dan lihat scene dari Transformer 2 dibawah pula.

Ini pula scene dari Transformer 2 pada timeline 00:02:16 (minit ke 2, 16 saat)

Perhatikan bulatan di atas, kedudukan api yang menyala sama dengan gambar no 3 dan Tom Cruise tiada dalam gambar seperti gambar no 2. Kedudukan api dan asap menunjukkan scene ini di ambil pada waktu yang sama cuma tiada Tom cruise di dalamnya.

Aku tahu ramai yang sudah tahu mengenai kedua-dua scene ni dan scene ni menjadi popular kerana terdapat lambang Malaysia di dalamnya. Aku ingin berkongsi sebab aku terlalu banyak menonton movie lately ni. Jadi ada gak hasil dari menonton movie tanpa berfikir apa-apa. Kedua-dua movie di atas adalah salah satu movie medley aku. Tu yang aku terperasan kedua-dua scene tu. Kalau nak cerita setiap movie yang aku tonton sampai esok pun tak habis. Kekadang best gak jadi pemerhati filem ni. Banyak sebenarnya kesilapan dan adegan yang kita akan dapat rasa tak logik dan wajib di kritik. Mungkin satu hari nanti aku akan buat begitu.

Aku pencinta filem dan aku akan menonton filem selagi hayat di kandung badan, budi yang baik dikenang jua. Sekarang, aku tengah fikir movie apa aku nak tengok malam ni. Owh, lupa malam ni aku kena pergi discussion untuk final year project. Aku rasa projek aku ni sangat senang dan semester ni paling sedikit subjek dan credit hours yang aku ambil, 14 credit hours jer. Dari 7 hari seminggu, 3 hari je aku ada kelas. Tu yang aku jadi bosan. Kadang-kadang aku sampai awal gila kat kelas sebab tak tahu nak buat apa ntah. Hurm…

Related Posts with Thumbnails

Berkongsi itu lebih baik:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • FriendFeed
  • Identi.ca
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Reddit
  • RSS
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

18 Responses to “Melayan Movie Dengan Penuh Kebosanan”

  1. ann says:

    woh.
    kalau aku, xadnya nak teliti setiap scene sampai macam tu sekali.
    good job.
    ;-)
    Entry terkini ann di blog adalah ..Aku & Twitter My ComLuv Profile

    [Reply]

    Jaws Reply:

    tulaa..
    kalo takde kerja ni laa kerjanya..
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    [Reply]

  2. acap2405 says:

    hahaha..
    transfomer sampai skang saye tak layan lagi..
    zzz.
    T_T
    Entry terkini acap2405 di blog adalah ..blog/web yang paling banyak dilawati My ComLuv Profile

    [Reply]

    Jaws Reply:

    rugi sape yang tak layan lagi..
    wajib layan seh..
    movie wajib tonton tu..

    [Reply]

  3. h3r0 says:

    ptt la aku rs cam pernah tgk je scene tue…
    skrg baru ingat.. he he he,..

    [Reply]

    Jaws Reply:

    tul tu..
    scene ni dah lama..
    ramai orang dah tahu..
    saje je aku masuk air nak letak dalam ni..

    [Reply]

  4. Luffy says:

    bosan2 pg joging plak
    camana nak transfer movie guna gtalk? hehe
    aku kekurangan movie best2. nak beli mahal
    Entry terkini Luffy di blog adalah ..MANUSIA PERTAMA TIBA DI PLANET AVATAR My ComLuv Profile

    [Reply]

    Jaws Reply:

    hehe..
    erm, pasal gtalk tu dia hanya transfer movie laju kalo guna LAN dalam network yang sama..
    macam dalam UTP ni laju laa..
    kalo kongsi diluar sana jadi lembap ler nak transfer..
    aku rasa ko download kat tenet lagi laju dari trnasfer guna gtalk..

    [Reply]

  5. eh2.. menarik lak pasal gambar cite MI3 ngan Transformers nie.. hehe, diorang sengaja nak iklankan MAS kot..

    Gtalk tue pemende yer? chitchat LAN ke?
    Entry terkini samanosuke_04 di blog adalah ..Dunia Orang Takde Awek “DotA” My ComLuv Profile

    [Reply]

    Jaws Reply:

    gtalk ni macam YM..
    cuma gtalk google punya..
    YM yahoo punya..
    dia instant mesenging gak…
    dia sesuai guna kat LAN sebab guna bandwith server sikit jer..
    so, senang nak connect kalo server LAN tu banyak restrict benda..

    [Reply]

  6. apiih says:

    wow…tgk movies memang penuh teliti nih..sampai satu1 nampak..haha..bgs2.
    Entry terkini apiih di blog adalah ..Apa akan Jadi? Manusia Dengan Singa! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Jaws Reply:

    dah ni memang keje aku..
    nak wat camner..
    penonton movie yang setia..
    hehe..

    [Reply]

  7. Fahdi says:

    Salam sahabat se-UTP dan se-Cos.

    Hehehe.. aku sangat memahami perasaan dan apa yang kau tgh lalui sekarang. Tapi, mak aih, 14 kredit hour je? Sikit bebenor. Kire ko dah banyak amik subjek la sebelum ni. Cantik2. haha

    Aku ada satu cadangan untuk di buat ni. Tetapi aku kurang pasti ko start ke belum dengan business yang aku wat ni. (faham2 lah business apa. ada kat blog aku :D ). Aku nk menggempur UTP neh. Before keluar. Dan kalau ko kendidet yang nampak potensi dan “sedang bosan”. pekata kita pekene teh ke dulu. Borak2. Bincang. Kalau jadi kita on. Kalau x jadi aku gerak sorang2. haha..

    Kita yang mencorakkan masa kita. Kalau kita nk jadi A, A lah jadi nya. Jadi B, B lah jadinya.

    Cheer up sahabat! Dunia masih banyak yang perlu di teroka. ;-)
    Entry terkini Fahdi di blog adalah ..Multiple Income Streams: Satu Cara Untuk Berjaya My ComLuv Profile

    [Reply]

    Jaws Reply:

    well..
    aku suka style ko…
    aku on jer utk lepak..
    takde masalah..
    aku nak tengok dulu ape yang kau propose kat aku..
    kemudian baru aku boleh nilai utk join or tak..
    sebab aku sendiri tak tau ko nak ajak aku buat mana satu..
    tapi aku sentiasa terbuka untuk menerima dan mendengar apa yang kau nak sampaikan..
    see u!!

    [Reply]

  8. Piston Pecah says:

    susah tanpa mende DC++ tuh ek..filem tuh memang,,aku pon tak pernah amek taw…pandai memandai jek diorang buat…memanipulasi betul..
    Entry terkini Piston Pecah di blog adalah ..Kelebihan OS Google My ComLuv Profile

    [Reply]

    Jaws Reply:

    haha..
    maybe diorang pun tak perasan masa penyuntingan tu..
    maybe diorang dah malas nak pikir letak gambar ape, main masuk jer gambar yang telah sedia ada..

    [Reply]

  9. ariff says:

    Ingatkan dah masuk utp budak budak dia bagus sangat la tapi dah tau cerita pasal mpp ko, dah boleh bayang la macam mana.

    Lebih kurang je macam ipt kat tempat lain.. mentaliti melayu akan kekal jugak..
    Entry terkini ariff di blog adalah ..Jenis Blog yang Wujud Dalam Dunia Blogging Melayu My ComLuv Profile

    [Reply]

    Jaws Reply:

    ops..
    aku ada tersilap cakap pasal UTP ker?
    mampus UTP saman aku nanti..
    diorang terlalu skema sampai tidak mampu berfikir diluar kotak..
    aku tak nafikan student jadi mpp memang yang pointer tinggi..
    tapi pointer tinggi bukan ciri yang bagus seorang pemimpin.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled