December 12th, 2009

My Spy – Sebuah Masterpiece Dari Afdlin Shauki

Ini adalah MASTERPIECE!! Itu sahaja yang mampu aku ucapkan kepada filem terbaru lakonan AC Mizal dan Harun Salim Bachik arahan Afdlin Shauki, My Spy. Filem ini telah mula ditayangkan pada 3 Disember lepas tetapi aku rasa masih ramai yang tidak mengetahui tentang filem ini kerana kurangnya promosi tentang filem ini. Aku sendiri mengetahui tentang filem ini apabila seorang kawan bercerita tentang filem ini. Secara realitinya, aku sendiri hanya melihat iklan My Spy yang ditaja oleh Celcom sekali sahaja di tv. Mungkin aku jarang menonton tv tapi di internet pula, aku kurang mendengar orang memperkatakannya. Tidak sehebat filem Papadom dulu, di mana sahaja orang bercakap mengenai kehebatannya.

Jika sebelum ini aku kurang kurang berpuas hati dengan apa yang di sampaikan oleh Afdlin Shauki menerusi filem Papadom tapiĀ  5 bintang aku dan 2 thumbs up aku berikan untuk filem My Spy. Memang yang terbaik dan terhebat. MASTERPIECE!! Sinopsis cerita ini mengenai 2 orang penyiasat pensendirian yang mempunyai 2 karektar berlainan. Salleh (Harun Salim Bachik) seorang penyiasat persendirian yang baru sahaja pencen dari perkhidmatan polis. Beliau mempunyai minat mendalam dalam merekacipta gadget-gadget untuk penyiasatan. Manakala AJ (AC Mizal) pula seorang pemuda yang rabun warna dan anak kepada seorang polis yang meminati martial art dan boleh bercakap dalam 41 bahasa walaupun kekadang apa yang di cakapkannya merepak sedikit. AJ juga merupakan seorang penyiasat persendirian. Mereka mula disatukan apabila seorang datin datang meminta pertolongan menyiasat suaminya yang di syaki bermain kayu tiga. Namun apa yang disiasat mereka itu bukan sekadar masalah rumah tangga biasa tetapi satu kes yang sedang juga di siasat oleh Interpol.

Kalau korang nak tahu camne jalan ceritanya lagi, aku cadangkan korang pergi tengok sendiri. Berbaloi-baloi. FYI, aku seorang kipas susah mati (Die Hard Fan) Afdlin Shauki. Afdlin Shauki - Greatest Movie MakerSemua filem yang beliau hasilkan atau lakonkan aku akan pergi menontonnya. Dan aku akan mengkritik filem beliau sejujurnya danĀ  sekejamnya sepertimana aku mengkritik filem Papadom sebelum ini. Dan bila beliau menghasilkan filem yang berjaya menambat hati aku, aku akan komen filem tersebut mengikut penilaian aku. Bagi aku, Afdlin Shauki merupakan seorang yang mempunyai bakat besar dalam industri filem Malaysia dan anda wajib menonton filemnya!! Aku bukan seorang yang meminati filem Melayu dan aku akan ban sekejamnya semua filem Melayu terutama sekali filem A. Razak Mohideen dan Shamsul Yusuff. Itu semua sampah!!

Okla, kita kembali ke tajuk utama entry ini. Kenapa aku suka giler dengan filem My Spy ni dan sarankan korang bayar RM10 untuk pergi menontonnya? Berikut adalah komen dari aku:

  • Aku masuk panggung jer, mata aku dah terlekat kat skrin layar tanpa menghiraukan gadis cun yang belanja aku wayang dan duduk rapat di sebelah aku.
  • Start jer cerita aku dah ketawa kaw-kaw sampai tiada ruang untuk aku berhenti mengambil nafas dan mengusya kiri kanan. Aku sangat fokus menonton filem ini kerana takut ter miss lawak-lawak berharga yang akan ditayangkan.
  • Setelah 3 per 4 cerita tersebut dimainkan, aku masih ketawa sehinggakan aku rasa bontot aku nak buasir sebab gelak banyak sangat. Kalau sebelum ni aku selalu baca kat Majalah Ujang ‘Lawak Hingga Ke Usus Perut’, kini aku dah merasai pengalaman tersebut dengan menonton filem ini. Usus perut aku betul-betul bergegar menahan lawak terlampau ini.
  • Pada bahagian 1 per 4 terakhir cerita ini aku dah tak mampu nak gelak sampai aku terbatuk-batuk dalam wayang tu sebab overdose gelak. Lastly aku senyap jer tengok cerita kerana kepenatan gelak sakan. Tak mampu nak gelak lagi.
  • Gandingan tua dan muda (Harun Salim bachik dan AC Mizal) dalam filem ini sangat sepadan. Dua generasi yang mempunyai karakter dan umur berbeza menambah lagi lawak cerita ini. Seriously aku rasa diorang sangat tak masuk dalam dunia sebenar tapi dalam filem ini diorang sangat matching sekali.
  • Ada banyak awek-awek hot dalam filem ini antaranya Hannah Tan, Daphne Iking, Maria Farida dan Carmen Soo tapi sayangnya diorang semua ni bukan taste aku. Taste aku adalah gadis yang belanja aku tengok wayang ni. :P

  • Gadget-gadget yang di gunakan dalam filem nampak lebih realistik untuk sebuah filem Melayu. Berbanding filem atau drama melayu lain seperti drama bersiri Kapten Kit di TV3 yang menceritakan seorang pemuda yang minat mencipta sesuatu dari bahan terbuang. Tapi gadget yang di reka beliau sangat tidak logik langsung dari segi bentuk (design) dan fungsinya. Menipu gila. Sekurangnya dalam My Spy, gadgetnya lebih realistik.
  • Kesan khas yang di reka oleh KRU dalam filem ini agak sedikit tidak best tapi untuk filem Malaysia ianya sesuatu yang sudah boleh di banggakan. Cuma sedikit sahaja slack part tangan robot. Yang lain aku rasa superb!!
  • Gaya Ridzuan Hashim yang berlakon sebagai Datuk O memang superb dan marvelouse. Gaya yang aku inginkan bila dah kaya kelak kecuali sikap mengabaikan isteri dia jer insyaAllah aku takkan ikut. Memang style pemakaian dan cara bergaduh dia ibarat seorang Mafia yang macho. Kualiti yang bagus disitu.
  • Kalau korang nak tengok Aziz M. Osman yang kering tu jadi gengster dan ada tatu di tangan, korang kena tonton filem ini. Beliau ni lawak gak la dalam filem ini.
  • Jalan cerita awal dan pertengahan amat best sekali. Tapi jika korang mengharapkan sesuatu yang memeranjatkan pada ending filem ini, korang akan kecewa. Boleh aku katakan ending filem ni biasa sahaja tetapi masih berbaloi dengan gelak sepanjang filem ini ditayangkan.

Lastly, yang paling best sekali aku tonton filem ini dengan seorang gadis manis ayu dan gadis ni yang belanja tiket wayang ni. Disaat aku tengah sengkek ni aku rasa hampir setiap hari dia belanja aku makan setiap kali aku menghantar dia pulang ke rumah selepas habis kerja. Aku dah memang dah jatuh hati dengan gadis ni tapi siapalah aku ini, hanya insan biasa. Bukan merak kayangan, hanya gagak dirimba.

Related Posts with Thumbnails

Berkongsi itu lebih baik:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • FriendFeed
  • Identi.ca
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Reddit
  • RSS
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Tags: , , , , , , , , , , , ,

43 Responses to “My Spy – Sebuah Masterpiece Dari Afdlin Shauki”

  1. apiih says:

    Nmpak cambest je cite nih..ni teringin nk tgk nih..kompem gelak je..ak olso K-S-M Abg Afdlin.hehe

    [Reply]

    Jaws Reply:

    silaa tgk,,,
    best giler citer ni..
    sumpah tak tipu…

    [Reply]

  2. Anarm says:

    aku xde masa lak nk g nengok wayang.. donlod jela.. weh.. kem salam awek ko tu..

    [Reply]

    Jaws Reply:

    nanti aku kim salamkan..
    sayangnya awek tu dah ade balak..
    kalo tak mesti aku ngorat sampai dapat..

    [Reply]

  3. beliamuda says:

    bahaya juge ni kalau asyik gelak sakan je sepanjang tengok muvi ni.. kan ada yang tak sempat tarik nafas… ngeh3..

    [Reply]

    Jaws Reply:

    tulaa…
    bahaya gila..
    aku pun dah tahap nyawa2 ikan time tu..
    hehe..
    seb baik tuhan bagi nafas lagi..

    [Reply]

  4. cyberfly says:

    panjang review, tapi aku baca smpi habis. tambah2 en jerung yang tak gelak tengok papadom pn boleh gelak sampai ke usus. kena pegi tengok ni :D

    [Reply]

    Jaws Reply:

    yang gelak sampai usus tu betul2 wo..
    aku tak tipu…
    aku dapat rasakan gegaran ketawa aku tu kat usus perut aku..
    sampai ke lubang jubur pun ada..seb baik tak terberak jer kat situ..

    [Reply]

  5. x-po says:

    hoho ko gelak byk2 tu, si gadis kat sblh tak sound ke?

    [Reply]

    Jaws Reply:

    die pun gelak bagai nk rak gak.. haha..
    good time that i never forget.

    [Reply]

  6. Mantra says:

    Kalau jaws da review macam ni aku kena turun tengok nih…

    [Reply]

    Jaws Reply:

    haha..
    try tgk dulu,,
    dan bgtau aku komen ko..
    hehe

    [Reply]

  7. h3r0 says:

    Aku pun dah tgk.
    lawak memang lawak.
    cuma jalan cerita je yg kurang. bagi aku la…

    [Reply]

    Jaws Reply:

    tulaa..
    yang slack jalan citer kurang menarik..
    ending pun biasa jer..
    tapi aku rasa berbaloi sebb dapat ketawa puas-puas..

    [Reply]

  8. Jila says:

    have u read The Malay Male? i got to know abt this particular post from his blog.

    funny. u shud watch more movies before calling this a masterpiece. before understanding what ‘masterpiece’ means.

    cheers!

    [Reply]

    Jaws Reply:

    haha…
    pandangan orang berbeza..
    aku seorang yang mengisi masa lapang aku dengan menonton muvi..
    dah byk muvi aku tonton..
    tapi aku rasa muvi ini adalah masterpiece bg aku..
    so, aku cakap laa muvi ni masterpiece…
    mungkin taste aku utk muvi ni..
    setiap orang berbeza.

    [Reply]

  9. megat says:

    wah ini betul-betul nak suruh tengok ni. cerita melayu yang kelakar-kelakar memang aku tak pernah tinggal sebab aku suka (ha3)

    apatah lagi dari arahan dari orang yang semakin meningkat popularitinya ;)

    [Reply]

    Jaws Reply:

    try tgk dulu…
    pastu komen balik camner citer dia..
    hehe..

    [Reply]

  10. kah kah kah says:

    http://amirhafizi.blogspot.com/2009/12/reviu-myspy-yang-terlampau-best.html

    [Reply]

    Jaws Reply:

    thanx for the link back..
    really appreciate it..
    ape yg aku komen ini berdasarkan pandangan peribadi aku..
    mmg ikhlas mengkritik..

    [Reply]

  11. xkan puji Afdlin je bru. cuba puji The Malay Male (http://amirhafizi.blogspot.com/)

    pst:/ hannah tan. nice B\. fuhhhh!

    [Reply]

    paeh Reply:

    nice B? hahahaha

    [Reply]

    Extremist Thinker Reply:

    syhhh!

    [Reply]

  12. RaraJoe says:

    kalau time tgh kecewa tgk cerita ni mesti layankan?

    [Reply]

    Jaws Reply:

    haha..
    tgh keciwa ker skang?
    aku rasa kalo time keciwa mmg leh lupa segala masalah..
    aku tgj keciwa…
    terasa cam nak tgk semula jer citer ni..
    huhu..sob..sob..

    [Reply]

  13. paeh says:

    hoho. review jaws mmg terbaik. gua nk tgk gak laaa

    [Reply]

    Jaws Reply:

    silakan tgk..
    pastu komen semula camner cite tu,,

    [Reply]

  14. hanep says:

    hannah tan ada?? soronok soronok..
    hehehe

    [Reply]

    Jaws Reply:

    a ah hannah tan ada…
    mmmg seksi giler..
    segala buah2 nampak2..
    tapi nampak separuh2 jer la…
    hehe..

    [Reply]

  15. aidi-safuan says:

    eceh..ayat last sekali tak leh bla

    [Reply]

    Jaws Reply:

    ayat tu tuk orang looser cam aku…
    uwaa…..

    [Reply]

  16. zool says:

    Aik awek belanja ke?? Bukan ko kaya ke?

    [Reply]

    Jaws Reply:

    aku mengalami masalah kewangan skit lately ni..
    jadi miskin dah..
    huhu..

    [Reply]

  17. Filem nie best bangat….aku geram time harun salim bachik tengok lurah maria farida….huhuhu

    [Reply]

    Jaws Reply:

    hahaha….
    part tu ko igt jer erk?
    hahaha..

    [Reply]

  18. pert says:

    ADEIIIIIIIIII terpaksala aku tengok ni huhuuhu

    [Reply]

    Jaws Reply:

    wajib tengok!!!
    hahaha..

    [Reply]

  19. twenty-six says:

    aku akan pergi menonton filem ini bukan kerana pelakon atau pengarah dia..

    tapi kerana ia adalah hasil karya amir ‘the malay male’ hafizi.

    [Reply]

    Jaws Reply:

    tahniah kepada the malay male..
    seriusly aku taktau pun die yg tulis skrip..
    papepon, filem ini memang terbaik!!!

    [Reply]

  20. Dak Wan says:

    Bila eh nak kluar DVD? :)

    [Reply]

    Jaws Reply:

    tak tau laa bila kuar dvd…
    dah kuar rasanya..
    cuba tgk kat kedai..
    hehe..
    saya ni jarang keluar pg kedai..

    [Reply]

  21. Joe Jaafar says:

    Aku..

    Aku tak pernah suka tgk filem melayu kat Panggung. Entah apa hangin, aku nak tgk ngan sorang awek ni, aku nak tgk Astro Boy!

    Bg aku, tgk filem melayu kat panggung = sia2. Tunggu je la 4 5 bulan. Konpem kuar kat NTV7 or TV3. Paling kurang, RAYA da tayang.

    Giler, direct ckp “Dahlah. xnak tgk MySpy, xyh tgk langsung. Balik je!”

    Wa~ dia pny ugut. Nak wat cane. Follow.. 1st time tgk citer MySpy.

    GILER! MySpy betul2 ubah persepsi aku pada filem melayu! Hahaha.. Tahniah!

    [Reply]

    Jaws Reply:

    aku rasa satu sebb jer..
    sebab afdlin shauki..
    aku rasa semua filem afdlin shauki sebelum ni semua power2..
    haha…

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled