Universal Soldier: A New Beginning
Ultimate Killing Machine!! Tu ayat yang boleh aku berikan untuk filem yang baru aku tonton minggu ni, Universal Soldier: A New Beginning. Filem yang bersahaja tetapi sangat fantastik!! Ini merupakan filem ketiga mengenai Universal Soldier.Filem ini di mula ditayangkan pada 21 January lepas namun seperti biasa aku tak lihat sebarang iklan mengenai filem ini di sebarang media massa. First time tengok kat wayang tadi. Setibanya di Jusco Ipoh orang ramai kaw2. Aku nak carik parking pon susah. So, kebiasaannya bila parking susah cari bermakna wayang akan penuh. Sangkaan aku hampir tepat.
Kebanyakkan cerita semuanya sold out dan yang hanya available adalah Universal Soldier: A New Beginning. Melihat dari poster, aku dapat rasakan cerita ini memang best sebab pelakon mereka semuanya tough-tough dan perkasa.Kepada yang masih tidak mengetahui filem ini mengenai apa, aku ceritakan sedikit tentang Universal Soldier. Ini adalah sekuel ke tiga Universal Soldier dan menceritakan tentang teknologi ketenteraan yang berjaya mencipta manusia yang mempunyai daya tahan diri yang amat tinggi dan tidak mempunyai perasaan. Filem ini di bintangi oleh Jean-Claude Van Damme, Dolph Lundgren serta Andrei Arlovski dan di arahkan oleh John Hyams.

Dalam A New Beginning ni, mengisahkan pengganas yang diketuai oleh General Boris menculik anak Perdana Menteri Russia dan menawan Power Plant Chernobyle. Pengganas ini meminta kerajaan Russia melepaskan beberapa tahanan banduan politik sebagai pertukaran dengan anak Perdana Menteri Russia. Jika permintaan mereka tak dituruti, mereka akan meletupkan bekas Power Plant Chernobyle. Letupan itu akan mengakibatkan saki baki radioaktif didalam reaktor power plant tu tersebar ke kawasan sekitar Russia. Pihak pengganas juga mempunyai Universal Soldier mereka sendiri dan pihak tentera Russia juga mempunyai Universal Soldier mereka sendiri. Pertarungan demi pertarungan berlaku dan sepanjang isu ini beberapa konflik telah timbul untuk merumitkan keadaan lagi. Nak tahu lebih lanjut, korang perlu tonton sendiri cerita ini.
So, ini review ringkas aku tentang filem ini.
- Jika anda sukakan cerita yang penuh kejutan dan tidak mempunyai sakit jantung, ini cerita yang patut anda tonton. Terlalu banyak scene yang membuatkan anda menjerit tetapi bukan menjerit kerana ketakutan tetapi menjerit kerana terkejut.
- Permulaan cerita bermula dengan penculikan anak Perdana Menteri Russia oleh pengganas. Masa scene ni jer dah boleh buat korang menjerit dan terkejut beruk. Teknik kamera yang digunakan sangat – sangat style. Cukup untuk membuatkan anda pening dan terasa nak muntah.
- Anda peminat permainan komputer seperti Counter Strike, Medal of Honours atau Modern Warfare inilah cerita yang patut anda tonton. Selain Universal Soldier berlawan sesama sendiri, askar-askar Russia juga merancang melakukan serang hendap melawan pengganas. Sebijik macam main game counter strike.
- Teknologi yang di gunakan terhadap Universal Soldier kelihatan agak memualkan. Doktor di pihak pengganas sering kali menggantikan bahagian-bahagian tubuh seperti tangan, tulang, kulit dan organ lain, Universal Soldier mereka selepas setiap kali pulang dari operasi. Tubuh di ganti baru seperti tidak cedera apa-apa. Agak tidak logik disitu.
- Pergaduhan sesama Universal Soldier amat dahsyat dan ganas. Mereka ibarat robot yang sangat tahan lasak. Mereka tetap berlawan walaupun telah tercedera teruk. Sampai pecah-pecah dinding.
- Jalan cerita yang biasa dan hampir hambar. Mungkin sudah banyak cerita Universal Soldier yang telah di cipta mereka sudah tidak ada idea. Mungkin filem kali ini di reka khas dan tertumpu pada aksi dan kejutan.
- Filem ini aku tak masukkan ke dalam carta cerita yang wajib anda tonton. Anda boleh menonton cerita ini ketika anda rasa lapang dan inginkan sedikit kejutan dalam ketenangan hidup anda. Aku kurang suka part jalan cerita. Aksi sudah mantap.
- Dari 5 bintang, aku beri 3.8 bintang.

Tags: A New Beginning, Andrei Arlovski, Dolph Lundgren, Jean-Claude Van Damme, Perdana Menteri Russia, Power Plant Chernobyle, Universal Soldier















pernah nmpk link downlo cite nih,tp x sempat nak download..nanti nak download tgk arr cite nih..hohoho
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 4:36 pm
haha..
sesuai di tengok bila dah takde cerita lain utk ditonton..
[Reply]
Selalu sangat lepak panggung~ haha..
Kali ni aku nak lepak kat umah. Nampak cam da ada dealer murah je kat MEDAN GOPENG nih. hahaha..
RM5 je sekeping! Hahaha.. High Quality!
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 4:37 pm
haha..
report kang baru tau..
ko ipoh dok mana weh?
tanak pon lepak2 ngan aku ni..
padahal hampir tiap2 minggu aku pegi ipoh..
keck ati gua..
[Reply]
van damme.. kembali..
mesti citer ni padat ngn peluru kan..
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 4:36 pm
banyak gak peluru dalam ni..
tapi lagi banyak aksi bertarung..
hehe..
[Reply]
cita ni berada dlm hardisk aku..tp xtgk2 lg..
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 4:28 pm
dah siap di download erk?
haha..
aku sahaja yang ketinggalan..
[Reply]
Cite ni bagi aku biasa je. Best lagi cerita dia yang mula2 dulu…

Entry terkini samm di blog adalah ..Om Shanti Om (2007) MKV Dvdrip
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 4:28 pm
tula..
yg kali ni kurang skit la..
biasa jer laa jalan citer dia..
[Reply]
aku peminat setia Van Damme tp dulu la.
aku ada 28 koleksi filem Van Damme dlm bentuk videotape dan VCD sampailah DVD. dari filem Bloodsport dan Kick Boxer lagi.
yg terbaru ni aku dh layan dh. mcm ko ckp idea dh semakin kurang. Van Damme dan Dolph Lundgren pun dh tua x larat nk lawan mcm dulu dh

Entry terkini zaryl di blog adalah ..Karmon Free WordPress Theme
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:05 pm
ni kaw2 kipas susah mati ni..
complete collection dia..
aku minat van damme sebb body dia jer..
berangan nak jadi body camtu tapi malangnya cam takde harapan jer..
hehe..
[Reply]
hmm cam best…ok tq for the info jaws
Entry terkini pear di blog adalah ..Adnan Sempit Mampu Box Office?
[Reply]
Jaws Reply:
February 17th, 2010 at 3:33 am
haha..
memang best pon citer ni..
[Reply]
aku minat diorang dua org nih.. tp skang tgok mcm diorang dah tua sgt.. hoho buf22
[Reply]
Jaws Reply:
February 17th, 2010 at 3:34 am
tula..
sangat tua dah ni..
tapi still hot aku rasa diorang ni..
kalo diorang buka baju awek2 boleh jerit2 lagi..
[Reply]
hmm aku tak tgk lagi film nih. tap dulu yg 1st ceta nih best. Hero dia mmg otai2 action semua..hehe..lama gak ek diorang menyepi…
nice info pasal film nih bro…tq

Entry terkini Nine di blog adalah ..Aku Dan Bilik Ku : Personal
[Reply]
Jaws Reply:
February 17th, 2010 at 3:39 am
hahaha..
juz review apa yang aku tonton jer..
hehe..
[Reply]
aku baru tgk cite ni 2 ari lepas.. best giler.. mula2 yg aku rasa ngeri, time jahat tu potong tangan takyah bius ape2.. potong abis mancut2 darah.. nasib baik tak tunjuk.. perghh..
pastu lagi 1 yg aku rasa ngeri, yg van damme cucuk batang besi kt dahi jahat tu, pastu tembak kepala kot lubang besi tu.. terburai kepala otak.. giler ahh..
boleh dikatakan cerita yg superb.. geram je rasa tgk aksi lawan2.. rasa nk tendang2 je ‘anu’ jahat tu.. jahat giler..
[Reply]
Jaws Reply:
February 17th, 2010 at 3:40 am
haha…
aku pun terasa nak jadikan diri aku cam Universal soldier..
konfirm aku macho giler kan?
hahaha..
[Reply]