JerungPerkasa [dot] com Jangan Gelakkan Orang Merangkak, Jika Kita Masih Terbaring Diatas Katil.

February 3rd, 2010

Awak Nak Jadi Kawan Saya?!

Awak nak jadi kawan saya? Soalan ini aku tujukan kepada diri aku sendiri dan mereka yang membaca entry ini. Beberapa perkara yang terjadi kepada aku sejak kebelakangan ini membuat aku terfikir, tiada yang lebih berharga dari harga sebuah persahabatan. Tak perlu aku ceritakan panjang lebar tentang perkara yang telah terjadi itu. Biarlah ianya menjadi kenangan terindah dalam hidup aku. Bila di fikir semula, sepanjang 21 tahun aku hidup aku sentiasa berjaya dan dapat apa yang aku inginkan. Tetapi sekali aku jatuh memang benda itu mengajar aku untuk bangun semula. Bukan senang untuk menjadi seorang yang gagal. Aku seronok dengan pengalaman itu.

Dulu memang aku cintakan duit semata-mata. Apa yang aku lakukan asasnya adalah wang. Nothing more or less. Tapi kini aku sedar, duit bukan segalanya. Saidina Ali juga pernah berkata harta yang paling bernilai di dalam dunia ini adalah ilmu dan sahabat. Seriously, sekarang aku nak berkawan dengan semua orang dan mencuba segala benda yang ada di atas muka bumi ini. Aku masih ingat lagi di masa saat aku senang, aku hanya tumpukan kerja dan duit aku sahaja. Sampaikan bila waktu cuti panjang, kawan-kawan aku ajak bercuti di Langkawi dan Genting aku menolaknya dengan alasan banyak kerja yang ingin di uruskan. Asasnya aku ingin mencari duit lebih banyak lagi (tamak gila kan?!) walaupun ketika itu remaja sebaya aku sibuk bercuti dan bersuka ria dengan rakan-rakan.

Kini aku nak menebus kesilapan silam. Aku ingin berkawan dengan semua orang dan Read the rest of this entry »

February 1st, 2010

Hai Nama Saya Jaws.

Minggu ini minggu ke dua belajar semester ni. Banyak kelas yang dah berjalan seperti biasa. Dan jadual aku pun dah tersusun rapi. Khamis dan Jumaat adalah hari cuti untuk aku. Memang sangat best. Hari Isnin, semangat aku berkobar-kobar untuk belajar. Dalam kepala otak aku hanya ada dua sahaja, fokus dalam lecture dan makan. So, alkisah bermula bila aku masuk satu kelas hari ni.

Masuk kelas, cari tempat duduk. Dalam kelas aku ambil tu hanya ada 7 orang laki dan selebihnya perempuan. Kelas ni bercampur dengan student dari course dan semester lain. Waktu aku sampai hanya ada 2 orang lelaki, aku dan kawan aku, Shamsul (bukan nama sebenar). Sementara menunggu pelajar lain, aku layan blues jap. Nak usya awek takde yang cun2. Read the rest of this entry »

January 31st, 2010

Universal Soldier: A New Beginning

Ultimate Killing Machine!! Tu ayat yang boleh aku berikan untuk filem yang baru aku tonton minggu ni, Universal Soldier: A New Beginning. Filem yang bersahaja tetapi sangat fantastik!! Ini merupakan filem ketiga mengenai Universal Soldier.Filem ini di mula ditayangkan pada 21 January lepas namun seperti biasa aku tak lihat sebarang iklan mengenai filem ini di sebarang media massa. First time tengok kat wayang tadi. Setibanya di Jusco Ipoh orang ramai kaw2. Aku nak carik parking pon susah. So, kebiasaannya bila parking susah cari bermakna wayang akan penuh. Sangkaan aku hampir tepat.

Kebanyakkan cerita semuanya sold out dan yang hanya available adalah Universal Soldier: A New Beginning. Melihat dari poster, aku dapat rasakan cerita ini memang best sebab pelakon mereka semuanya tough-tough dan perkasa.Kepada yang masih tidak mengetahui filem ini mengenai apa, aku ceritakan sedikit tentang Universal Soldier. Ini adalah sekuel ke tiga Universal Soldier dan menceritakan tentang teknologi ketenteraan yang berjaya mencipta manusia yang mempunyai daya tahan diri yang amat tinggi dan tidak mempunyai perasaan. Filem ini di bintangi oleh Jean-Claude Van Damme, Dolph Lundgren serta Andrei Arlovski dan di arahkan oleh John Hyams. Read the rest of this entry »

January 28th, 2010

Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Penyanyi Yang Bagus?!

Ni topik yang paling aku suka!! Sebab apa?! Sebab aku paling suka menyanyi. Tak kiralah ketika drive kereta ke, ketika mandi ke, ketika layan blues sorang ke, ketika putus bercinta ke mahupun ketika menghiburkan orang-orang disekeliling aku. Nak profesional sikit, aku memang suka pergi karoke. Paling banyak aku pernah perhabis seratus lebih satu malam semata-mata untuk bilik karoke.

Kalau nak di ikutkan, aku akui suara aku bukan sedap sangat pun. Aku makin taram jer nyanyi. Asalkan ada bunyi. Namun walaupun tak sedap, aku pernah mengorat seorang awek dengan hanya menyanyi sebuah lagu sahaja. Ternyata teknik aku menjadi!! Korang boleh tengok entry lepas aku, Mengorat Awek Hanya Dengan Satu Lagu. Ni cerita betul wo. Tak tipu. Awek tu cair dan terus couple dengan aku. Tapi ini kisah lama, kini aku dah single and available. Read the rest of this entry »

January 26th, 2010

Menjadi Jutawan Setelah Muflis

Korang pernah gagal dalam kehidupan? Tak kesah la gagal dalam hubungan cinta, pelajaran, persahabatan ataupun pernigaan. Aku yakin 99% daripada korang pernah gagal dalam kehidupan. Bagi aku, kegagalan bukan bermakna anda mati atau anda sudah kehilangan segalanya. Kegagalan sebenarnya satu fasa kehidupan yang wajib kita lalui. Jika anda tidak pernah gagal bermakna anda tidak hidup dalam muka bumi.

Semua orang wajib gagal. Semua orang perlu ada rasa down sehingga rasa dunia anda akan kiamat esoknya. Dari sini kita belajar tentang tahap survival yang ada dalam diri kita. Baru kita tahu sampai tahap mana kita mampu bertahan. Thomas Alva Edison pun gagal sebanyak 999 kali sebelum mencipta mentol. Disebabkan kegagalannya itulah nama beliau dikenang hingga kini. Cuba korang bayangkan beliau mengalah ketika kegagalan pada kali 23. Sudah pasti mentol tidak tercipta dan namanya takde siapa yang akan ambil tahu. Beliau berjaya kerana kegagalan!!

Janganlah takut pada kegagalan. Sedalam mana anda jatuh, setinggi mana risiko yang perlu anda ambil, tempuhlah ia seperti mana anda menempuh hari-hari ceria anda. Sesungguhnya kegagalan yang paling teruk sekali hanyalah mati. Anda tidak akan mampu bangun semula pada kegagalan pada kali ini. Kegagalan hanya fasa kehidupan. Jika anda bijak untuk bangun semula setelah anda gagal, mungkin emas yang menanti anda. Read the rest of this entry »

January 22nd, 2010

SOHO Aku yang Terbaru

Ini sekadar update ringkas sebab aku nak keluar makan lepas ni. Alhamdulillah petang tadi aku selamat sampai ke UTP. Setelah 1 semester berpraktikal, UTP dan kawasan sekitarnya telah banyak berubah. Peargh. Tak sangka 8 bulan aku pergi mereka membuat pelbagai perubahan kat Taman Maju, Bandar Universiti dan Taman Sri Iskandar. Siap ada KFC lagi. Biasanya kalau nak makan KFC dulu, aku kena pergi Batu Gajah. Sekarang dah sekangkang kera jer. Hehe.

Sori yer, Tronoh ni memang mundur gila. Wujudnya KFC di kawasan ini memang satu pencapaian yang hebat aku rasa. Dan aku lihat banyak lot-lot kedai baru dibangunkan. Memang aku terpegun. Aku rasa satu hari nanti kawasan Tronoh ni boleh jadi semaju Bangi dan Serdang. Mungkin dalam 10 – 15 tahun lagi. Mungkinla. Aku pun tak tahu sangat nak menilai kepantasan sesuatu bandar itu membangun. Aku bukan City Surveyor. Ada ke nama perkerjaan ni? Haha, aku main sebat jer. Read the rest of this entry »

January 19th, 2010

Malas

Satu perkataan yang menggambarkan segalanya. Seriusly, lately ni aku malas gila nak pikir apa-apa dan buat apa-apa. Aku just follow the flow jer. Benda yang aku layan saat-saat ini hanyalah Twitter. Oh, Twitter memang teman sejati. Mungkinkah ini kesan psikologi bila dah habis praktikal? Ataupun disebabkan hosting yang selalu down? Only God Knows.

Entry ni aku dedikasi khas untuk merapu jer. Aku dah plan banyak perkara untuk dijadikan entry namun aku macam malas je nak update blog. Seriusly aku rasa macam lost jer. Nasib baik aku dah wat plan 2010 sebelum new year lagi. Menurut plan, aku tak lari jauh dari plan asal. Maybe otak aku perlu berehat sikit. Dari mengadap komputer jer, kena jugak bawak pegi jalan-jalan. Read the rest of this entry »

January 6th, 2010

Kenapa Gereja Katholik Beria-ia Ingin Menggunakan Kalimah Allah?!

Sebelum aku menulis panjang mengenai isu ini, ingin aku jelaskan bahawa aku seorang Muslim yang mempercayai Allah Tuhan sekalian alam dan Muhammad adalah rasulnya. Aku tidak memihak kepada PAS ataupun UMNO. Aku masih seorang Melayu dan tidak terniat bagi aku untuk menghina kaum dan agama lain dan begitu juga dengan agama aku sendiri. Aku cuma ingin meluahkan pendapat aku tentang isu ini.

Ramai di antara kita terfikir kenapa gereja Katholik beria-ia ingin menggunakan nama Allah? Mungkin mereka ada muslihat tersendiri atau mungkin meraka memang betul-betul berhak menggunakan kalimah ini?  Sebenarnya, isu ini mempunyai pro dan con yang tersendiri. Pandangan aku sendiri berbelah-bagi untuk menyokong yang mana satu kerana jika anda mengkaji sejarah dengan baik, mereka sebenarnya berhak menggunakan nama Allah. Tetapi jika perkara ini dilaksanakan di Malaysia, aku tidak menyokongnya sama sekali di atas sebab-sebab tertentu yang aku rasa munasabah. Read the rest of this entry »

January 5th, 2010

Azam Tahun 2010

Tahun 2009 telah menutup tirainya dan 2010 telah beberapa hari bermula. Aku barula nk menyenaraikan azam tahun baru aku. Lembap betul aku ni. Tujuan aku menulis entry ini bukan untuk menunjuk nunjuk atau menghebohkan hal peribadi aku tetapi sebagai ingatan dan rujukan sepanjang tahun 2010. Jika sebelum ini, aku sering merancang azam tahun baru tetapi tak sampai bulan March, senarai azam tahun baru itu pasti hilang. Kalau tak hilang, aku akan lupa kat mana kertas tu diletakkan dan lupa semua azam-azam aku. Kalau azam itu sudah terlupa, bagaimana untuk merealisasikan azam tersebut. Betul tak? Oleh itu, menyenaraikan azam baru disini mungkin lebih mudah di akses dan di ingati sampai bila-bila.

Tahun 2010 dijangka akan menjadi  tahun paling mencabar bagi aku. Ini tahun terakhir aku untuk aku menghabiskan degree aku, ini tahun ke 2 dalam rancangan 5 tahun aku (so, tinggal 3 tahun je laa aku nak capai target plan 5 tahun), ini tahun dimana aku perlu bangkit semula selepas kejatuhan yang sangat teruk pada akhir tahun 2009 dan ini tahun yang menentukan hala tuju hidup aku untuk 60, 70 tahun mendatang.

Tak boleh main-main lagi!! Read the rest of this entry »