November 24th, 2009
Sebelum ini, aku ada menulis tentang 3 Sebab 21.12.2009 Bukan Hari Kiamat dan banyak menyebut tentang Nostradamus dan ramalan-ramalannya. Pada entry kali ini, aku ingin kongsikan Siapakah Sebenarnya Nostradamus dan sedikit kisah hidupnya serta beberapa ramalanya yang telah terjadi. Dinyatakan disini dengan sekeras-kerasnya bahawa aku bercerita tentang Nostradamus dan ramalannya kerana perasaan ingin tahu ekoran banyak ramalannya yang benar-benar terjadi. Namun bagi seorang Muslim, tiada yang sebenar-benarnya melainkan dari al-Quran dan hadis sahaja. Apa yang di tulis disini sekadar berkongsi maklumat dan pengetahuan am.
Cukuplah sekadar mengkaji dan memahami apa yang ingin di sampaikan beliau. Di harap, aku dan korang tidak terlalu percaya kepada ramalan beliau sehinggakan kita membelakangi al-Quran. So, siapakah Nostradamus? Read the rest of this entry »
November 22nd, 2009
Mungkin aku agak terlewat menonton filem 2012 ini. Tapi ini merupakan sebuah filem yang sangat-sangat aku nantikan sejak 3 bulan lepas sebaik sahaja menonton iklannya. Bagi aku, ia merupakan sebuah filem yang wajib aku tonton di panggung wayang dan bukannya download di internet. Aku ingin rasai sendiri gegarannya di paggung wayang. Disebabkan kesibukan melampau, baru petang tadi aku berkesempatan untuk pergi ke Galaxy Ampang untuk menonton filem ini bersama-sama Ryehanna dan Yasha. Thanks to Ryehanna sebab belanja aku wayang
. Macam tau-tau je aku tengah sengkek ni.
Sebaik pulang dari rumah, aku mula memikirkan masalah 2012 ini. Filem ini memberi sedikit impak kepada diri aku. Membuat aku berfikir sebentar. Read the rest of this entry »
November 18th, 2009
Sejak minggu lepas, beberapa blog aku mempunyai sedikit masalah. Ini juga salah satu faktor aku kurang update blog pada minggu lepas. Toolbar di “add new post” (tempat tulis entry) hilang. Aku sendiri taktahu apakah punca masalah ini kerana skrip Wordpress aku tidak ada sebarang masalah langsung dan berfungsi baik sejak aku mula-mula install. Pada mulanya satu sahaja blog aku yang menggunakan Wordpress terkena masalah ini, kemudian di ikuti dengan beberapa blog lain sehinggalah JerungPerkasa.com ini terkena masalah yang sama.
Read the rest of this entry »
November 17th, 2009
Lama gak aku tak update blog. Beberapa masalah timbul ekoran kesilapan aku sendiri yang cuai dan tamak. Aku kerugian hampir RM10, 000 dalam satu urusniaga dan menyebabkan hidup aku terumbang ambing sebentar. Tapi takpe, jadikan masalah sebagai pelangi dalam kehidupan dan hadapinya dengan senyuman seperti lagu Dewa 19, Hadapi Dengan Senyuman.
Kalau nak diikutkan memang frust giler. Duit tu aku boleh buat untuk kahwin dan macam-macam, kini lebur begitu sahaja. Tapi aku tetap mampu tersenyum kerana aku anggap duit hanyalah nombor dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dari sini aku belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Jika kita mempunyai kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah dengan efisyen, segala masalah akan bertukar kepada peluang. Sebab itu, ramai cerdik pandai berkata;
Read the rest of this entry »
November 11th, 2009
Sebelum ini aku ada ceritakan yang aset paling utama untuk hidup mewah adalah melalui simpanan. Tanpa simpanan, kita akan sentiasa ketiadaan wang dan tiada wang untuk back-up jika berlaku sebarang emergency atau kegawatan. Oleh itu, simpanan adalah kunci kepada kebebasan kewangan.
Menurut perincian semasa, orang Melayu merupakan kaum yang paling menyimpan di Malaysia, di ikuti India dan yang paling banyak menyimpan adalah orang India. Ini dibuktikan lagi apabila kuota Amanah Saham 1Malaysia yang dilancarkan oleh PM kita baru-baru ini masih banyak kekosongan untuk kaum India dan Melayu. Seharusnya di zaman era global dan ekonomi yang tidak menentu ini, kita wajib sedar mengenai kekuatan simpanan.
Baiklah, ramai yang ingin menyimpan tetapi tidak tahu bagaimana dan dimana untuk menyimpan wang mereka. Sebenarnya banyak jenis pelaburan yang sah di Malaysia ini yang boleh kita laburkan. Seperti di koperasi, pelaburan di bank, amanah saham, hartanah dan emas. Semua ini kita boleh mencubanya tapi pokoknya kita perlu ada kewangan yang kukuh agar kita tidak kerugian kelak.
Read the rest of this entry »
November 7th, 2009
2 Disember ini genaplah umur JerungPerkasa.com berusia 1 tahun. Masih mentah dan banyak lagi yang perlu belajar dalam dunia blogging ini. Alhamdulillah sepanjang satu tahun ini tiada banyak masalah yang aku lalui semasa menguruskan blog yang tak seberapa ini. Segalanya berjalan lancar dan aman sentosa. Syukur sekali lagi.
Tidak lupa juga kepada anda yang setia melawat JerungPerkasa.com. Tanpa anda, apalah yang ada pada blog ini, ibarat hidup segan, mati tak mahu. Kerana andalah JerungPerkasa.com masih gagah berdiri disini. Oleh itu, demi membalas jasa anda semua JerungPerkasa.com ingin memberikan sesuatu kepada pelawatnya. Seperti tradisi dahulu, JerungPerkasa.com akan mengadakan contest dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik. Untuk kali ini, JerungPerkasa.com menawarkan 10 hosting percuma selama setahun. Btw, contest ini bukan sahaja terbuka pada pelawat JerungPerkasa.com sahaja malah kepada pelawat yang pertama kali datang juga amat dialukan. Read the rest of this entry »
November 6th, 2009

Satu malam aku edit theme ini. Akhirnya siap juga. Seperti biasa, aku meminta korang yang kacak dan cantik tu untuk komen theme terbaru aku ni. Kat mana-mana yang ada cacat cela atau yang korang rasa tak best, silalah beri komen di bawah. Theme sekarang hampir sama dengan theme sebelum ini, cuma ada sedikit kelainan. Ramai yang cakap theme sebelum ini agak sempit dan kecil, maka untuk theme terbaru ni, aku besarkan sikit supaya kelihatan sedikit kacak.
Read the rest of this entry »