JerungPerkasa [dot] com Jangan Gelakkan Orang Merangkak, Jika Kita Masih Terbaring Diatas Katil.

October 27th, 2009

Menjadi Kaya Dengan Simpanan

Menabung amalan mulia. Tanamkan sifat menabung dalam diri anak-anak kita.

Ramai orang yang ingin menjadi kaya dan bebas dari sebarang masalah kewangan tetapi ramai jua yang lupa tentang kunci utama kekayaan, iaitu melalui simpanan. Pada entry kali ini, saya ingin dedahkan serba sedikit bagaimana untuk menjadi kaya dengan menyimpan.

Read the rest of this entry »

October 24th, 2009

Review Amax Wimax

Papan iklan Amax Wimax pertama aku lihat.

Lokasi : Sebelah Putri Park Plaza, Pandan Mewah, Ampang

Sejak akhir-akhir ini, aku mendengar banyak rungutan oleh para blogger mengenai ISP yang mereka gunakan sekarang. Kini anda tidak perlu risau lagi. Satu lagi jenama baru dalam industri jalur lebar akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Amax Wimax. Servis dan produk yang akan ditawarkan oleh Amax Wimax seakan akan sama seperti P1 Wimax tetapi sudah pasti ada kelainan yang akan dibawakan oleh Amax untuk bersaing dengan jenama-jenama jalur lebar yang telah sedia ada. Kalau tidak, pasti gulung tikarla jawabnya.

Read the rest of this entry »

October 20th, 2009

Ilmu Perniagaan Untuk Dikongsi Bersama

Hari ini aku nak berkongsi sedikit teknik dan ilmu tentang perniagaan. Aku dapat ilmu ni dari email, maybe ada diantara korang yang telah tahu dan ada yang belum. Tapi takpe, aku akan kongsikan juga disini. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Read the rest of this entry »

October 19th, 2009

Aku Telah Kecewakan Dr. Mahathir

Hari ini dalam sejarah, aku telah mengecewakan seorang pemimpin di Malaysia dan aku berasa amat kesal sekali. Selama ini apa yang disarankan oleh kerajaan aku patuhi kecuali kempen Tak Nak Merokok. Tapi hari ini aku telah mengecewakan pemimpin ulung kita Dr. Mahathir Mohammad. Argh, mengapa ini semua berlaku?! Aku sangat kesal dan baca statement beliau yang amat kecewa dengan aku.

Read the rest of this entry »

October 18th, 2009

Siapa Kata Papadom Best?!

Setiap orang mungkin mempunyai citarasa berbeza dan berlainan. Begitu juga dengan filem yang kita tonton. Tak semua filem yang ditayangkan menepati citarasa semua orang. Tapi apa yang aku tonton pada Jumaat lepas amat mengecewakan aku. Satu filem yang tidak seperti aku harapkan dan aku rasa Papadom adalah filem Afdlin Shauki yang paling tak best bagi aku.

Sebelum aku menonton Papadom, aku telah baca banyak review mengenai filem ini yang menunjukkan filem ini adalah terbaekk dan telah memenangi banyak anugerah dan award namun apabila aku tonton sendiri, ianya tidak seperti aku harapkan. Antara faktor yang menyebabkan aku rasa filem ini tidak best:

Read the rest of this entry »

October 11th, 2009

Portable Solar Project

Genap seminggu blog ini tak update. Alasan biasa yang aku berikan sibuk bekerja. Hahaha. Memang sibuk bekerja tapi sebenarnya aku sedang menyiapkan group projek aku untuk praktikal di KLCC. Tujuan projek ini adalah untuk melatih kami, bakal engineer Petronas untuk menguruskan sesuatu projek dan bekerja di dalam kumpulan. Group aku terdiri dari 2 lelaki dan 2 perempuan dan aku adalah Project Manager. So, agak kalut aku nak manage banyak benda.

Read the rest of this entry »

October 4th, 2009

Etika Ketika Bertanya Di YM

Lately ni makin ramai orang yang add YM aku dan bertanya macam-macam. Memang aku sengaja mendedahkan YM aku kat blog ini supaya memudahkan mereka yang membeli produk aku untuk mendapatkan bantuan online. Aku tak kisah jika anda tidak membeli produk aku dan sekadar ingin  bertanya tanya benda-benda yang ringan tetapi cara anda bertanya tu mesti la mempunyai etika agar tidak menyebabkan orang yang anda tanyakan itu rimas dengan anda.

Sebahagian yang YM datang daripada orang yang aku tak kenali. Tapi diatas dasar kemanusian, aku layan juga soalan-soalan mereka. Ada style yang aku senang dengan mereka tetapi ada yang buatkan aku betul-betul angin. Yang aku angin bila orang yang bertanya tu berlagak macam dia memang dah power giler tentang subjek yang ditanyakan. Kalau kau dah power sangat, buat apa buang masa bertanya pada aku.

Read the rest of this entry »

September 25th, 2009

Kenapa Saya Suka Sepaku Hosting?!

Jika anda bertanya pada aku, apakah hosting terbaik untuk dimiliki? Maka tanpa segan silu dan usul periksa aku akan segera menjawap, Sepaku Hosting!!!! Walaupun ramai orang yang mempertikaikan bila aku mempromosi Sepaku Hosting, (sebuah hosting yang tidak mempunyai nama yang gah) tapi aku tetap dengan pendirian aku. Sokongan aku terhadap Sepaku Hosting bukan kerana disogok wang atau dipuji secara berlebih lebihan tetapi kerana berdasarkan pengalaman aku sendiri menggunakan hosting ini selama hampir 2 tahun.

Read the rest of this entry »

September 22nd, 2009

Live Blog Activated!!!

Sekarang pukul 5.47 AM. Satu malam aku tak tidur sebab nak siapkan live blog aku, salah satu projek yang aku nak tepek kat Jaws.my. Sebenarnya, aku ada banyak projek yang ingin aku realisasikan sempena seminggu bercuti ni. Sebab tu kalau korang perasan, aku sentiasa online dan berada di Twitter. Aku korbankan masa raya aku demi kerja-kerja di internet yang terbengkalai disebabkan kesibukan dengan praktikal.

Berbalik kepada tajuk utama, live blog yang baru sahaja aku lancarkan ini, boleh dilawati di http://live.jaws.my . Sebaik sahaja setup blog dan setting blog di Flickr, aku berasa sangat lega kerana segalanya berjalan lancar. Sumpah senang gila. Aku rasa budak tadika pun boleh setting blog di Flickr. Kredit kepada Blowie kerana semua tutorial bagaimana nak mengintegrasi blog pada flickr aku ambil bulat-bulat dari beliau.

Kenapa aku nak buat live blogging?  Jawapannya simple jer, aku jelouse tengok blogger lain buat live blog. So, aku pun nak try buat juga. Mana boleh aku yang kacak dan macho ni tak turut serta dalam trend semasa. Setelah mencuba beberapa kali update live blog menerusi henfon aku, aku dapat ianya sangat menyeronokkan. Sumpah, sangat seronok sehingga aku cuba beberapa kali MMS untuk test live blog aku. Tiada masalah untuk kali pertama.

Read the rest of this entry »