January 5th, 2010

Azam Tahun 2010

Tahun 2009 telah menutup tirainya dan 2010 telah beberapa hari bermula. Aku barula nk menyenaraikan azam tahun baru aku. Lembap betul aku ni. Tujuan aku menulis entry ini bukan untuk menunjuk nunjuk atau menghebohkan hal peribadi aku tetapi sebagai ingatan dan rujukan sepanjang tahun 2010. Jika sebelum ini, aku sering merancang azam tahun baru tetapi tak sampai bulan March, senarai azam tahun baru itu pasti hilang. Kalau tak hilang, aku akan lupa kat mana kertas tu diletakkan dan lupa semua azam-azam aku. Kalau azam itu sudah terlupa, bagaimana untuk merealisasikan azam tersebut. Betul tak? Oleh itu, menyenaraikan azam baru disini mungkin lebih mudah di akses dan di ingati sampai bila-bila.

Tahun 2010 dijangka akan menjadi  tahun paling mencabar bagi aku. Ini tahun terakhir aku untuk aku menghabiskan degree aku, ini tahun ke 2 dalam rancangan 5 tahun aku (so, tinggal 3 tahun je laa aku nak capai target plan 5 tahun), ini tahun dimana aku perlu bangkit semula selepas kejatuhan yang sangat teruk pada akhir tahun 2009 dan ini tahun yang menentukan hala tuju hidup aku untuk 60, 70 tahun mendatang.

Tak boleh main-main lagi!! Dunia masa depan lebih mencabar kalau cabaran masa kini kita tak dapat nak handle, camner kita nak handle cabaran masa depan yang akan lebih ganas dan mengancam!! Semua impian dan matlamat yang kita mimpikan, kita boleh capai. Tiada alasan dan halangan untuk kita gagal. Halangan utama bukannya duit atau masa tetapi halangan dan musuh utama adalah diri anda sendiri. Percayalah.. Jika anda dapat atasi halangan yang ada dalam diri anda, semua impian yang anda impikan mampu anda gapai. Renung impian anda yang telah musnah, lihat puncanya dari diri sendiri atau perkara lain. Aku yakin dan percaya 80% daripanya berpunca dari diri sendiri.

Disebabkan kiamat makin hampir, maka tema azam tahun baru aku ini adalah “DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT”. Disamping ingin memajukan diri dalam hal-hal keduniaan, aku ingin juga maju dalam hal-hal akhirat. Berikut adalah senarai azam tahun baru aku :

  1. Memantapkan semua sosial network dan sosial media yang aku sertai. Menggunakan setiap sosial media sebaik mungkin dan mengkaji kekuatan setiap sosial media. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dalam sosial media dan sosial network.
  2. Mensasarkan keuntungan bersih Ultimate Brilliant Services and Trading sekurang kurangkanya RM 80, 000 pada tahun 2010.
  3. Mengeluarkan sekurang-kurangnya 2 produk yang dihasilkan sendiri dalam tahun 2010. Ini tidak termasuk yang produk dan servis yang di hasilkan oleh Ultimate BrilliantTeam.
  4. Habiskan pengajian di UTP dalam tempoh setahun ini. InsyaAllah grade pada akhir tahun 2010 dan masuk kerja dalam tahun 2011. Doakan aku dapat kerja dengan PETRONAS, aku nak lamsam semua hutang dengan PETRONAS. Kalau dapat kerja dengan PETRONAS, tak payah bayar hutang. Doa-doakan ye rakan-rakan?!
  5. Kurangkan bertangguh dan bermalasan, sentiasa menghargai setiap saat dalam kehidupan. Setiap saat adalah emas dan emas amat berharga sekali. Jangan bazirkan ia begitu sahaja.
  6. Menikmati setiap saat 2010. Masa tak akan kembali. Walau apa jua yang terjadi dalam hidup aku, aku perlu nikmatinya dan hargai setiap insan di sekeliling aku. Setiap orang yang aku kenal dan berada di sekeliling aku adalah harta yang tak ternilai.
  7. Mencari lebih ramai rakan baru dan cuba menjalankan persahabatan dengan lebih baik. Aku tahu, aku bukan seorang kawan yang baik. Tahun 2010 ini, aku ingin menjadi rakan yang baik kepada rakan-rakan aku.
  8. Aku nak explore segalanya dan mencuba benda-benda baru. Selalunya aku akan reject bila kawan-kawan aku mengajak buat sesuatu benda yang aku jarang lakukan. Tahun ini, aku cuba menerima segala ajakan dan mencuba menjadi seorang “Yes Man”.
  9. Tahun 2010 umur aku dah 22. Dan tiba masanya aku cari gadis untuk di jadikan bakal isteri. Aku dah lama hidup single dan aku rasa inilah masa terbaik untuk survey dan memilih gadis untuk di jadikan teman hidup. Bajet dalam 3, 4 tahun lagi nak kawin. So, kena mula dari sekarang mencari dengan serius dan menepati pilihan hati.
  10. Pastikan semua blog di bawah kelolaan aku di update sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Sediakan jadual teratur untuk update blog-blog yang ada supaya blog yang ada segar dengan entry-entry baru. Ini satu disiplin yang agak sukar sebab aku memang malas nak update blog tapi aku rasa puas bila dapat update blog.
  11. Memantapkan Jaws.my. Memandangkan Jaws.my merupakan satu domain yang mahal, aku berharap domain itu boleh memberikan lebih dari sekadar nama dan meletakkan profile semata-mata. Perancangan sudah di buat. Hanya tinggal pelaksanaan tahun 2010 sahaja.
  12. Selain pendapatan aktif, aku bertekad untuk meningkatkan pendapatan pasif secara online dan offline. Ini wajib di lakukan untuk jangka masa panjang.
  13. Menyimpan di ASB sekurang-kurangnya RM 100 sebulan. Jadikan amalan menyimpan satu kewajipan demi mencapai target Emergency Fund dan bekalan waktu tua kelak.
  14. Kurangkan merokok. Nak stop memang agak mustahil bagi aku untuk buat secara terus menerus. So, aku decide tahun ini untuk kurangkan merokok dan membelinya.
  15. Kurangkan sekurangnya 30 kg dari berat badan aku. Agak ekstream nak kurangkan 30 kg dalam tempoh setahun tapi itu tidak mustahil jika menggunakan cara yang betul.
  16. Melakukan senaman ringan setiap hari selama 30 minit. Aku dah lama menghabiskan masa pada tahun 2009 di hadapan komputer. 2010 ini, aku nak jadi lebih aktif. Maybe ini dapat menguruskan badan aku. Serius aku mau kurus dan tough seperti dulu.

Aku rasa ni je laa azam tahun 2010. Tak banyak sebab aku tak mengharapkan sangat diri aku mampu buat banyak benda dalam satu masa. Bermula dengan merangkak, kemudian berjalan dan akhirnya berlari. Ini lebih baik dari kita terbaring di atas katil menonton TV.

Most people who fail in their dreams fail not from lack of ability but lack of commitment.
-Zig Ziglar

Related Posts with Thumbnails

Berkongsi itu lebih baik:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • FriendFeed
  • Identi.ca
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Reddit
  • RSS
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Tags: , , , , ,

22 Responses to “Azam Tahun 2010”

  1. apiih says:

    smoga azam bro semua tue t’capai..LOL,bro baru 22??igtkan dah 24 ke’ats…hahahaha

    [Reply]

  2. Anarm says:

    ni yg buat aku suke dgn blog ko.. penuh dgn motivasi.. i like!!

    [Reply]

  3. zuls says:

    Hrm semoga tercapai azam! :D

    [Reply]

  4. beliamuda says:

    azam yang menggambarkan kematangan seiring dengan usia. semoga berjaya dengan azam ko jaws.

    [Reply]

  5. hydir says:

    usaha+doa+tawakal = kejayaan

    1. berusahalah untuk mencapai azam itu
    2. sentiasa berdoa kepada-Nya moga mendapat keberkatan
    3. bertawakal kepada-Nya setelah segala usaha 100% yang dicurahkan

    Insya Allah, kejayaan menanti di hari kemudian .. :-)

    [Reply]

  6. mantra says:

    Bagus la jaws ko ade azam yang banyak. Aku pun tak banyak azam macam ko

    [Reply]

  7. x-po says:

    smoga impian ko tu akan tercapai bro..so nnt blh la aktif wat contest lg ye..hehe

    [Reply]

  8. Mr.Bintang says:

    semoga berjaya bro.. hohoho..

    [Reply]

  9. khai dot com says:

    mantap zam baru bro jaws tuh.hehe

    [Reply]

    Jaws Reply:

    haha..
    yeke?
    biasa jer..
    thanxs

    [Reply]

  10. h3r0 says:

    semoga tercapai bro…
    good luck..

    [Reply]

  11. aku suka point 5 ngan 9.. sebab sama ngan aku.. hehe, goodluck bro tahun baru. semoga lebih produktif hidup!!

    [Reply]

  12. Kakseri says:

    Apakah azam UTAMA anda yg sebenarnya? Matlamat ? Tahap Pencapaian?(Target Anda)…

    Kerjaya atau Cinta ,choose? atau kedua2…
    Semoga kamu Berjaya

    [Reply]

    Jaws Reply:

    aku rasa cam ada masalahlaa kamu ni..
    saya cam kenal jer ayat tu..
    hurm..

    [Reply]

  13. eyra says:

    GOOD luck dear. chaiyokk!!

    [Reply]

  14. arrizz says:

    cntik ayat plg last tue..gud luck..

    [Reply]

  15. kisahsensasi says:

    Kebanyakan azam bro itu memang boleh dilaksanakan…. semoga sukses…

    [Reply]

  16. Azizwan says:

    try ur best bro dan semoga semua berhasil. yg penting, jauhi sifat malas & bertangguh.. insyaAllah berjaya..

    p/s: aku ni ckp je pandai tp tetap gak malas & suka bertangguh. huhu..

    [Reply]

    Jaws Reply:

    baiklah..
    aku akan cuba jauhi sifat kau tu..
    hahahaha..

    [Reply]

  17. azizan4444 says:

    azam gua thn baru nak jd hebat mcm jaws..hahaah

    gudluck bro ngn azam2 kat ats tu…

    [Reply]

  18. Dak Wan says:

    Salam Jaws,
    Hehehe… teman terlepas plak nak wish Hepi New Year kat kamu. Takperlah, Hepi New Year dan semoga Azam u tahun nie tercapai la hendaknya.

    [Reply]

  19. Pisyek says:

    haha…

    bagus azam anda itu…

    tapi pada aku, tiap2 sem kat utp ni kene serius selalu… x leh main2…

    sbb CGPA tu penting…

    ekeke…

    dan selamat tahun baru juge Pisyek ucapkan kepada anda… ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled