Awak Nak Jadi Kawan Saya?!
Awak nak jadi kawan saya? Soalan ini aku tujukan kepada diri aku sendiri dan mereka yang membaca entry ini. Beberapa perkara yang terjadi kepada aku sejak kebelakangan ini membuat aku terfikir, tiada yang lebih berharga dari harga sebuah persahabatan. Tak perlu aku ceritakan panjang lebar tentang perkara yang telah terjadi itu. Biarlah ianya menjadi kenangan terindah dalam hidup aku. Bila di fikir semula, sepanjang 21 tahun aku hidup aku sentiasa berjaya dan dapat apa yang aku inginkan. Tetapi sekali aku jatuh memang benda itu mengajar aku untuk bangun semula. Bukan senang untuk menjadi seorang yang gagal. Aku seronok dengan pengalaman itu.
Dulu memang aku cintakan duit semata-mata. Apa yang aku lakukan asasnya adalah wang. Nothing more or less. Tapi kini aku sedar, duit bukan segalanya. Saidina Ali juga pernah berkata harta yang paling bernilai di dalam dunia ini adalah ilmu dan sahabat. Seriously, sekarang aku nak berkawan dengan semua orang dan mencuba segala benda yang ada di atas muka bumi ini. Aku masih ingat lagi di masa saat aku senang, aku hanya tumpukan kerja dan duit aku sahaja. Sampaikan bila waktu cuti panjang, kawan-kawan aku ajak bercuti di Langkawi dan Genting aku menolaknya dengan alasan banyak kerja yang ingin di uruskan. Asasnya aku ingin mencari duit lebih banyak lagi (tamak gila kan?!) walaupun ketika itu remaja sebaya aku sibuk bercuti dan bersuka ria dengan rakan-rakan.
Kini aku nak menebus kesilapan silam. Aku ingin berkawan dengan semua orang dan menikmati kehidupan sepuasnya dengan mencuba semua perkara dan mengatakan YA dengan setiap ajakan rakan-rakan. No more say NO. Duit boleh di cari bila-bila masa sahaja. Tapi kawan sukar di cari. Sebab tu aku tujukan soalan ni kepada korang semua, awak nak jadi kawan saya? Sebab saya nak berkawan dengan semua orang dan nikmati segalanya. Entry ini mungkin ada kaitan dengan Hai Nama Saya Jaws. Bila direnung semula, banyak lagi yang perlu aku terokai dalam dunia ini selain mencari duit.Terima kasih rakan.

Hai, awak nak Jadi kawan saya?!
Cukup sudah membebel panjang. Sebenarnya entry ini aku tulis khas kepada yang ingin menjadi kawan aku. Aku ada satu tawaran untuk korang semua walaupun korang tanak menjadi kawan aku, aku tawarkan juga tawaran ini kepada korang. Begini ceritanya, aku nak revamp (bina semula) laman aku di Jaws.my. Aku rasa sekarang design dia agak kurang memuaskan dan banyak lagi nak di tambah. Banyak projek dan web telah aku rancangkan dan ingin aku muatkan di dalam domain ini. Oleh itu, domain ini akan menjadi sebuah web yang lebih produktif dan bukan semata-mata untuk menujukkan profile aku sahaja.
Apa kaitannya dengan Awak Nak Jadi Kawan Saya?! Disebabkan aku nak revamp balik web di Jaws.my, aku nak letakkan satu ruangan khas untuk rakan-rakan blogger, rakan-rakan usahawan internet dan rakan-rakan di alam maya ini. Dimana setiap sorang akan dapat satu sub folder yang bertulis seperti berikut:
http://jaws.my/sahabat/nama_anda
Jika nama anda adalah Ali, maka domain akan keluar seperti berikut:
http://jaws.my/sahabat/ali
Selain itu, nama dan link site anda juga akan keluar di muka hadapan secara bergilir-gilir mengikut giliran. Siapa submit dulu, nama dan link mereka akan keluar dulu dan siapa lambat, nama dan link mereka akan keluar kemudian. Nama dan link anda akan di paparkan di 2 halaman utama iaitu di halaman about dan halaman network. Secara tak langsung, perkara ini akan mempromosikan link blog atau site korang apabila aku promosikan link url Jaws.my ini.

So, kepada yang sudi nak masuk dalam list sahabat aku tu (tiada paksaan untuk korang join) ada kerja sikit yang perlu korang lakukan. Sebab benda ni di buat secara manual, aku kena masukkan satu-satu data korang. Dalam halaman korang tu, hanya maklumat korang sahaja yang ada dan tidak bercampur dengan orang lain. Di halaman itu, korang boleh kongsikan semua link blog-blog yang korang ada, link twitter, link facebook dan juga link-link sosial media yang korang rasa ingin di kongsikan bersama. Selain itu, aku perlukan sepatah kata dari korang atau boleh dikatakan sebagai testimoni, komen atau kata-kata aluan korang terhadap aku serta tidak lupa juga gambar korang.
Jika korang berminat, boleh hantarkan semua maklumat ke email admin@jerungperkasa.com dengan menggunakan format di bawah:
Nama:________________ (Nama sebenar atau nama samaran)
Link url:__________________(utama)
Link Twitter:________________(jika ada)
Link FB: ____________________(jika ada)
Lain-lain link:__________________(jika nak promosi lebih)
Kata-kata anda tentang aku:____________________ (panjang kata-kata ni suam2 susu)
Tak lupa juga, link url gambar korang. Korang boleh berikan gambar sebenar atau jika segan nak berikan gambar sebenar, boleh juga berikan gambar avatar korang yg sesuai. Aku harap ramai laa yang sertai benda yang aku buat ni. Motifnya sekadar suka-suka selain mempromosikan link masing-masing. Sekian.
Jika ada sebarang masalah, komen, tak faham atau ingin menambah apa-apa korang boleh ajukan pada ruang komen di bawah.
Tags: Awak Nak Jadi Kawan Saya, cara promosi website, kawan lebih berharga dari duit, menacri testimonial, Mencari kawan, promosi link url, promosi website















sy nk jadi kawan awak boleh?
hehe~
Entry terkini ayong_qiela di blog adalah ..Editing =)
[Reply]
Jaws Reply:
February 3rd, 2010 at 10:58 pm
hehe..
boleh jer nak jadi kawan..
erm, tanak register sekali ke?
leh promosi link blog sekali..
hehe..
bukan susah pon..
[Reply]
ayong_qiela Reply:
February 4th, 2010 at 7:59 am
heee. dah email dah pon.
[Reply]
syahdu jer


mamti aku email .. hehe
Entry terkini hydir di blog adalah ..Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga …
[Reply]
Jaws Reply:
February 3rd, 2010 at 10:57 pm
dah dapat email bro!!
thanks very much..
nanti bila web dah siap aku tunjukkan..
hehe..
[Reply]
kenapa bagi contoh ali? tade nama lain kaa?
aku tak register. tapi aku tetap sahabat ko. haha.
[Reply]
Jaws Reply:
February 3rd, 2010 at 10:57 pm
haha..
takleh ke bagi nama Ali?
ade kena mengena ngan ko erk?
balak ko nama ALi?
ke ex ko?
hehe..
takpelaa kalau tanak register..
kita tetap kawan..
[Reply]
saya pon nak kawin jugak. boleh tak?
Entry terkini Kreuger di blog adalah ..Artwork kedua untuk @JerungPerkasa
[Reply]
Jaws Reply:
February 3rd, 2010 at 10:56 pm
erk? apsal ko nak kawin lagi ni?
haha..
ke ko salah taip?
submit laa benda tu.. hehe..
[Reply]
walaupun bru kenal kt twitter, tak salah kan saya nakkawan dengan awak..

Entry terkini sueella di blog adalah ..Entry terbaik pilihan juri HIDUP BERANI UTUK GAGAL
[Reply]
Jaws Reply:
February 3rd, 2010 at 11:05 pm
tak salah..
boleh jer kita kawan..
erm, send laa sekali borang tu..
leh kita share2..
hantar ke email di atas.
[Reply]
sueella Reply:
February 3rd, 2010 at 11:51 pm
ok, tq, dah email
Entry terkini sueella di blog adalah ..Entry terbaik pilihan juri HIDUP BERANI UTUK GAGAL
[Reply]
ko tunggu jek la….
email aku…haha…!
Entry terkini Piston Pecah di blog adalah ..Awan Dania Siri 2 – Episod 18
[Reply]
Adus.. aku ni kawan ko ke bukan ye..? hi hi.. Baru pertama kali aku tengok nak jd kawan kene isi borang nih.. he
Jgn mare dan selamat maju jaya.. entri yg tak ada pasal duit (secara terang-terangan) hi hi
Entry terkini Nazz di blog adalah ..Aku Pindah!!!
[Reply]
Dalam hidup ni kalau takde susah,takde jatuh bangun seolah-olah hidup macam tak sempurna.Lumrah manusia bila senang sokmo lain masa akan juga terasa susah,bila susah sokmo insyallah ada kesenangannya nanti.Itu sudah lumrah.
Duit mmg bukan segalanya.Tak salah mau cari duit lebih apa yang kita usahakan tapi ianya bergantung pada niat kita juga camana.Kalau cari duit dengan ketepikan segala tanggungjawab kita pada orang lain,itu yang tak menjadi apa yg diusahakan.Buat sesuatu biar ada kepentingan bersama..
[Reply]
aku nak jadi kawan ko biarpon kite dh kawan kan??hihihi..nanti aku submit..hahahaha
tapi testimoni xtau ler nak cakap ape..huhu
Entry terkini apiih di blog adalah ..Tengok Youtube tanpa Connection Internet..
[Reply]
aku tak register , tapi aku tetap kawan siber ko yang jarang tegur..
haahahh =D
Entry terkini Zala Wajik di blog adalah ..Boleh Gila?
[Reply]
kita dh kwn kan bro?

Entry terkini x-po di blog adalah ..PENGALAMAN SEBAGAI GURU
[Reply]
tq2 bro, jap lagi aku hantar…
Entry terkini mancai di blog adalah ..mana lu punya janji?
[Reply]
malam kang aku email aku punye detail.. tgh cari gambar yg paling hensem (walaupun aku tak hensem, tp macho tu ade skit2)..
Entry terkini Anarm di blog adalah ..Integrasikan Twitter dan Yahoo Meme
[Reply]
waAahahaha..ramAi yanG naK kaWan ngAn ikAN jeRung la..koranG xtAkut ke keNa giGit?aGAgaga..xpE2,OtOmen adE..hahaha
nNt akU sent email ok..
[Reply]
fullamak!! idea mantap, aku nak jadik kawan ko gak! walopon dah lama ngendap blog nie.. haha, eh2, ayat tue dari cite “yes man” ke?
Entry terkini samanosuke_04 di blog adalah ..Dunia Orang Takde Awek “DotA”
[Reply]
hehe.. memang ika pun setuju sekadar duit harta segalanya tu semua takkan memberikan kita kebhagiaan.. ika memang suke berkawan itupun kalo awk memang nak kawan ngan kite gak la hehe
[Reply]
Walaupun tak kenal, tapi aku tetap nak kawan dengan ko.
Salam Perkenalan jaws.
Nantikan e-mail daripada aku.
[Reply]
nak join laa..
hahaha..
Entry terkini acap2405 di blog adalah ..sekadar update yang tidak bersemangat..
[Reply]
dah emel.


Entry terkini ann di blog adalah ..Rumah Kena Masuk
[Reply]
ea…sye nk bkwn dgn awk..=)
MAHUKAN PAKEJ KATERING SERENDAH RM6.90PAX & PERCUMA KEK PENGANTIN 3 TINGKAT….
http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/
[Reply]
saya nak jadi kawan awak boleh?


Entry terkini Liyana di blog adalah ..Giveaway Feb 2010.
[Reply]
Ok JAWS! Set jewr blog teman k?
Entry terkini Dak Wan di blog adalah ..2 in 1 post : Gabungan Contest dan Tag!
[Reply]
saya nak jadi kawan awak.
eratkan ukhwah.
nilai sebuah persahabatan tidak dapat diukur.
dari sebuah persahabatan kita dapat belajar erti hidup.
[Reply]
aku nak kawan tapi malas nak hantar emel. boleh tak kawan? huhuhuhu

Entry terkini lizz di blog adalah ..Kes Liwat Datuk Anwar Ibrahim, Saya Hakimnya
[Reply]
jom..jd kwn ramai2…hehehe

Entry terkini Maya di blog adalah ..Buat Duit Dengan Adsense Hari2 10usd+++ (PC)
[Reply]
bagus projek nih… aku suke..
hehe…
nanti bile aku da berminat aku send mel eh..
Entry terkini Pisyek di blog adalah ..Pentingkah status MSC Malaysia ni?
[Reply]
Jaws Reply:
February 11th, 2010 at 9:21 pm
waiting for ur email!!
hehe..
[Reply]
saya pun nak jadi kawan jaws~

Entry terkini beliamuda di blog adalah ..Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009?
[Reply]
yey..aku dah jadi kawan JAWS..hahakz
[Reply]
Jaws Reply:
February 18th, 2010 at 11:38 am
bro ada anta email ker? nak pastikan semula..
takut terlepas pandang..
[Reply]