Menjadi Jutawan Setelah Muflis
Korang pernah gagal dalam kehidupan? Tak kesah la gagal dalam hubungan cinta, pelajaran, persahabatan ataupun pernigaan. Aku yakin 99% daripada korang pernah gagal dalam kehidupan. Bagi aku, kegagalan bukan bermakna anda mati atau anda sudah kehilangan segalanya. Kegagalan sebenarnya satu fasa kehidupan yang wajib kita lalui. Jika anda tidak pernah gagal bermakna anda tidak hidup dalam muka bumi.
Semua orang wajib gagal. Semua orang perlu ada rasa down sehingga rasa dunia anda akan kiamat esoknya. Dari sini kita belajar tentang tahap survival yang ada dalam diri kita. Baru kita tahu sampai tahap mana kita mampu bertahan. Thomas Alva Edison pun gagal sebanyak 999 kali sebelum mencipta mentol. Disebabkan kegagalannya itulah nama beliau dikenang hingga kini. Cuba korang bayangkan beliau mengalah ketika kegagalan pada kali 23. Sudah pasti mentol tidak tercipta dan namanya takde siapa yang akan ambil tahu. Beliau berjaya kerana kegagalan!!
Janganlah takut pada kegagalan. Sedalam mana anda jatuh, setinggi mana risiko yang perlu anda ambil, tempuhlah ia seperti mana anda menempuh hari-hari ceria anda. Sesungguhnya kegagalan yang paling teruk sekali hanyalah mati. Anda tidak akan mampu bangun semula pada kegagalan pada kali ini. Kegagalan hanya fasa kehidupan. Jika anda bijak untuk bangun semula setelah anda gagal, mungkin emas yang menanti anda.
Anda tidak tahu kenapa Tuhan berikan kegagalan pada anda? Mungkin ianya hanya satu ujian sebelum tuhan memberi emas kepada anda untuk melihat adakah emas itu layak diberi kepada anda atau tidak. Jika kita lepas semua kegagalan dan bangkit semula seperti hero, ianya lebih baik daripada orang yang tidak pernah gagal dalam kehidupan. Sebelum saya membawa kisah seorang yang pernah gagal dan hidup sebagai seorang muflis sehingga bangkit menjadi jutawan, aku ingin sampaikan satu kata-kata hikmah:
Kita selalu merungut Tuhan turunkan hujan ketika matahari sedang terik menyinar tapi hakikatnya Tuhan ingin berikan pelangi yang indah pada kita.
Renungkanlah. Oleh itu, aku ingin berkongsi kepada anda kisah seorang janda muflis mampu menjadi jutawan kerana satu perkara sahaja. Iaitu sifat tidak mudah putus asa dan terus mencuba setelah beberapa kali gagal dalam kehidupan. Aku harap anda membaca kisah di bawah dan renungkan sedalam dalamnya perbezaan hidup anda dan hidup dia. Dengan kehidupan seperti di bawah pun beliau mampu bergelar Jutawan mengapa tidak anda dan aku?! Selamat membaca dan mengambil iktibar!

Nama : Joanne Rowling
Warganegara : England
Umur : 34 tahun
Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar, bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan menjadi seorang hero.
Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)
Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.
Jualan : Seluruh dunia.
Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah mencecah $100 juta pound.
Senarai Buku:
- Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih 38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.
- Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.
- Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,
- Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.
Kisah Bermula..
Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.
Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit! Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari. Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan, berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur. Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.
Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah, beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau. Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau tidak mampu untuk membuat salinan fotostat! Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju untuk menerbitkan buku beliau.
Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas. Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi. Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang dewasa ramai yang meminatinya. Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)

“Hanya Kesusahan Akan Menagajar Kita Erti Mencari Kesenangan Sebenar”
Tags: gagal, Harry Potter, J.K. Rowling, kaya setelah muflis, Menjadi Jutawan, muflis, Setelah Muflis















Ambil iktibar daripada kata-kata inspirasi seorang jutawan. “Hanya kesusahan akan mengajar kita mencari kesenangan sebenar”. Apa perancangan ko? Tepuk dada. Later on share kat sini k? Nyte dear.
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 12:34 am
aku tulis entri ni sebab aku dah buat perancangan untuk 2 tahun akan datang..
mungkin sebelum ni aku gagal..
tapi sebab dari kegagalanlah aku merancang hidup..
maybe tak share kot perancangan aku..
biarlah aku jer yg tahu…
hehe..
yg penting kasi perancangan itu satu realiti..
[Reply]
hakhak.. tau pun penat menaip, yang gi publish entry panjang2 spe suruh? huhu
anyway, cte die nie memang sangat memberikan inspirasi sbnya.. tp saya rse tajuk awak nie agak kurang tepat la.. yang lebih tepat lagi seharusnya, “inspirasi jutawan yg berdepan erti kepayahan” atau pape je yang lebih kurang dengan yang nie..
tahniah J.K. Rowling! mak aii, die nie tdo, mandi, makan skg sume dengan duit la eh? gle kentang betul +__+
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 12:32 am
tulaa..
tajuk tak reti nak taruk apa..
main letak jer..
dah malas nak pikir..
haha..
thanks for the comment..
hehe..
[Reply]
bro..terbaik..”takut” ialah musuh utama kita untuk berjaya..
takut untuk gagal,takut untuk berada dibawah,malah takut untuk miskin..
aku tengah semangat giler baru2 ni baca buku robert t kiyosaki.hehe
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 4:59 pm
peargh..
aku tak sempat ag abca buku robert t kiyosaki..
takde masa..
haha..
tula..
ramai orang takut..
sebenarnya kita berani kepada apa yg kita takutkan agar ianya tidak menjadi mimpi ngeri pada kita satu hari nanti..
[Reply]
Sebab tu teman cakap, usaha dulu time bujang2 nie. Dah kawen nanti payah nak gamble. Btol kan?
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:00 pm
betul tu..
time bujang ni laa leh gamble2..
nanti dah kawin nak gamble kena pikir anak bini..
susah laa..
skang masa utk berusaha dan berjaya..
[Reply]
powernya joanna rowlingg…
“yg gilanya…ada gak yg tahu dah gagal…tapi xnak bangkit gak dari kegagalan….apa la jenis org tu…. -aku la tu..”
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 12:27 pm
takper bro..
slow2..
pasti anda akan berjaya,,
kejayaan tidak akan datang bergolek..
Negara Rome pun tidak dibina dalam sehari..
[Reply]
macam tu rupanya kisah dia. kebangkitan daripada kegagalan perlu untuk membawa diri kita ke satu tahap kejayaan.
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 12:26 pm
begitulah kisahnya..
hehe…
semua perlu gagal dahulu sebelum berjaya..
[Reply]
kebangkitan daripada kegagalan memang susah, kisah-kisah motivasi macam ni memang diperlukan
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 12:26 pm
tula..sebab tu aku masukkan kisah2 motivasi ni..
supaya orang dapat baca dan renungkan..
dan utk diri aku juga..
[Reply]
Apabila kita pernah gagal….kita akan lebih menghargai suatu kejayaan…
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 12:23 pm
ya..betul tu bro..
dari kegagalan kita belajar..
kejayaan akan lebih dihargai..
hehe
[Reply]
org2 cmni slalunya yg jnis suka berimaginasi dan suka berangan dan imaginasi tu akan ditukarkan kpd matlamat jangka ms pnjg
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 4:31 pm
owh..
yeke?
hehe..
aku pun taktau..
[Reply]
Siapakah sahabat kepada kegagalan..?
Jawapannya ialah org yg merancang untuk gagal dan orang yang merasa dirinya telah gagal.
Orang yang mencapai walaupun sekadar 1% dari masa lampaunya adalah org yg berjaya.. dia hanya perlu meningkatkan lagi kejayaannya.
Namun jika ia merasa pencapaian 1% adalah satu kegagalan.. maka ia telah gagal.. gagal untuk bersyukur.
Ingat.. jika kita fikir kita gagal.. maka kita akan gagal.
Jika kita fikir kita berjaya.. maka kita akan berjaya.
Berfikir untuk berjaya adalah musuh kepada kegagalan..
Renung-renungkan…
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 4:32 pm
satu kata-kata yg aku rasa sangat betul..
kalau kita merasa gagal, maknanya kitalah orang yang gagal tersebut.
pendek kata,
gagal merancang, merancang kegagalan..
hehe
[Reply]
Wow.. this was a very wonderful post!
Thanks jaws. Aku pun masih mengelamun di awal 2010 ni.
Harapnya lepas ni aku lebih agresif.
Aku setuju satu pernyataan ko bfore this bhw time study lg senang nak bisnes dr time kerja. haha..
Aku tgh posting kat hospital beb~ Giler! Mmg susah cari masa nak bisnes!
8am – 5pm duk ofis farmasi jek! Xboleh ngadap komputer. eeeeeeeee… rasa cm bazir masa siot
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 5:57 pm
kerja memang camtu beb..
aku praktikal dulu pun camtu..
ko kat hospital ipoh ker?
haha…
apekata ko belanja aku tgk wayang..
citer legion..
dapat release skit tension ko..
hahaha…
thanks for the appreciation of this post..
juz a entry to motivated myself and friends.
[Reply]
Bro..
best betul lah kisah2 yang ade kat blog ko nih….
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 8:24 pm
yeke?
haha..
terima kasih…
[Reply]
betul apa yang ko cakap tu. kegagalan adalah satu proses penting dalam kehidupan. sebab kegagalan adalah jalan kepada kejayaan. kalo putus asa selepas gagal maka tak ada la kejayaan menyusul.
[Reply]
Jaws Reply:
January 27th, 2010 at 9:06 pm
ya betul tu bro..
itu yang cuba aku sampaikan..
hehe..
bijak2..
[Reply]
huhuhu. sangat berguna ni! memang minat ngan karya dia, tapi tak pernah tahu sejarah hidup dia. sangat memotivasikan aku ni! hehehe
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:01 pm
memotivasikan aku juga..
sebab tu tulis entry ini..
untuk tatapan aku dan rakan2..
hehe..
[Reply]
dah banyak kali gagal tp sebenarnya gagal tuh la pendorong kita nak berjaya.. chaiyok2…
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 5:01 pm
yang penting bukan berapa banyak dan berapa dalam kita jatuh, tapi yg lebih penting berapa tinggi kita naik semula selepas kita jatuh..
gagal adalah permulaan kepada kejayaan..
[Reply]
Kegagalan sebenarnya adalah permulaan bg sebuah kejayaan…
Entry terkini Ery adalah blog ..Setiap Malam Adalah Malam Pertama
[Reply]
Jaws Reply:
February 1st, 2010 at 4:28 pm
ya.. betul tu..
tu laa mesej yang cuba ku sampaikan..
hehe..
[Reply]
[...] sebagai pembakar semangat anda dan saya. Jika anda tidak lagi membaca kisah yang lalu, anda boleh klik sini untuk membacanya. 2 orang yang ingin saya kongsi kisahnya pada kali ini adalah Jonathan Elvidge, warganegara England [...]