November 11th, 2009

Menjadi Kaya Dengan Simpanan – ASB

Sebelum ini aku ada ceritakan yang aset paling utama untuk hidup mewah adalah melalui simpanan. Tanpa simpanan, kita akan sentiasa ketiadaan wang dan tiada wang untuk back-up jika berlaku sebarang emergency atau kegawatan. Oleh itu, simpanan adalah kunci kepada kebebasan kewangan.

Menurut perincian semasa, orang Melayu merupakan kaum yang paling menyimpan di Malaysia, di ikuti India dan yang paling banyak menyimpan adalah orang India. Ini dibuktikan lagi apabila kuota Amanah Saham 1Malaysia yang dilancarkan oleh PM kita baru-baru ini masih banyak kekosongan untuk kaum India dan Melayu. Seharusnya di zaman era global dan ekonomi yang tidak menentu ini, kita wajib sedar mengenai kekuatan simpanan.

Baiklah, ramai yang ingin menyimpan tetapi tidak tahu bagaimana dan dimana untuk menyimpan wang mereka. Sebenarnya banyak jenis pelaburan yang sah di Malaysia ini yang boleh kita laburkan. Seperti di koperasi, pelaburan di bank, amanah saham, hartanah dan emas. Semua ini kita boleh mencubanya tapi pokoknya kita perlu ada kewangan yang kukuh agar kita tidak kerugian kelak.

Bagi mereka yang masih di alam persekolahan atau di kolej-kolej atau baru sahaja memasuki alam pekerjaan, aku yakin dan percaya kewangan anda masih belum kukuh lagi. Oleh itu, anda perlu mengelak dari melabur di tempat yang berisiko tinggi dan kurang modal. Dan bagi pendapat aku, tempat terbaik untuk memulakan simpanan anda adalah di Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk bumiputera. Aku memilih ASB untuk anda memulakan pelaburan atau simpanan anda adalah kerana berikut:

  • Modal permulaan yang rendah. Serendah RM100 sahaja.
  • Risikonya kurang. Peratusan untuk anda kehilangan wang modal anda amat kecil.
  • Anda boleh buka akaun anda dengan mudah di pejabat pos atau mana-mana bank yang mempunyai perkhidmatan ASB.
  • Dividen tahunan yang agak tinggi. Walaupun masih terdapat banyak lagi simpanan atau pelaburan yang menawarkan dividen lebih tinggi, tapi untuk permulaan ASB adalah yang terbaik.
  • Mudah membeli unit saham yang baru untuk menambah nilai pelaburan dan simpanan anda.

Ya, jika anda ingin mendapatkan kebebasan kewangan anda tiada cara lain untuk menjadi iaitu simpanan! Hanya ini sahaja yang mampu menjamin kestabilan ekonomi anda. Aku juga mempunyai beberapa tips yang wajib anda ikuti untuk meyimpan di ASB ini. Tips ini sewajibnya di ikut untuk memastikan simpanan anda bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya berkurang. Di bawah adalah tips ringkas menyimpan di ASB:

  • Target jumlah simpanan yang anda ingin miliki dan pada usia bilakah anda ingin mempunyai wang tersimpan sebanyak itu. Sebagai contoh, aku memberi sasaran untuk mempunyai RM100, 000 dalam akaun ASB aku pada usia 30 tahun. Aku berusia 20 tahun. Maka aku ada 10 tahun untuk menyimpan. Setelah membuat kira-kira, aku wajib menyimpan RM 834 sebulan. Maka ini jumlah simpanan anda yang perlu dilakukan setiap bulan.
  • Jadikan satu hari pada setiap bulan anda wajib ke pejabat pos untuk masukkan wang simpanan anda. Sebagai contoh, aku jadikan 30 haribulan setiap bulan sebagai hari ASB aku. Maka setiap bulan pada tarikh itu aku wajib pergi ke pejabat pos untuk masukkan ASB. Jadikan ini amalan dan jangan tertinggal.
  • Asingkan wang yang ingin di simpan dari pendapatan anda setiap bulan. Ingat! Menyimpan dahulu sebelum berbelanja. Sebaik sahaja dapat gaji atau mana-mana keuntungan, segera masukkan kedalam ASB. Jangan berbelanja terlebih  dahulu. Rata-rata orang akan berbelanja dulu dan akhirnya duit gaji habis di tengah bulan. Jadikan amalan, simpan dahulu sebelum belanja dan kalo boleh simpan amaun yang telah disasarkan pada setiap bulan seperti tips diaatas.

Aku rasa, sampai disini sahaja tips ringkas Menjadi Kaya dengan Simpanan versi ASB. Sebenarnya, jika anda mempunyai RM100,000 dalam akaun ASB anda, anda akan mendapat dividen tahunan sebanyak RM6000 – RM8000 setahun. Jika anda mempunyai RM200,000 dalam ASB, anda mempadat dividen tahunan sebanyak RM 16, 000. Jika anda hidup bersederhana, wang dividen ini amat mencukupi untuk anda hidup. Bukan secara mewah tapi untuk hidup semata-mata dengan wang dividen ini sahaja. Oleh itu, anda perlu mula meyimpan sekarang untuk mencapai RM100, 000 pertama anda.

Banyak lagi jenis simpanan dan pelaburan yang telah aku cuba. Jika anda bijak memilih pelaburan dan simpanan anda, sampai satu tahap, anda tidak perlu melakukan sebarang kerja lagi untuk hidup mewah. Anda cuma perlu memanipulasikan pelaburan dan simapanan sahaja. Aku akan kongsikannya pada entry akan datang. Apa pun jenis simpanan anda, jika anda tidak bertindak sekarang, makin lambat untuk anda mencapai kebebasan kewangan.

Related Posts with Thumbnails

Berkongsi itu lebih baik:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • FriendFeed
  • Identi.ca
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Reddit
  • RSS
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

Tags: , , ,

10 Responses to “Menjadi Kaya Dengan Simpanan – ASB”

  1. x-po says:

    bila aku dh stat kerja nnt, aku akan praktikkan sume ni..stakat ni hanya menabung secara kecil2lan je dulu, sbb nk mkn pun xlps lg..huhu

    [Reply]

    Jaws Reply:

    takper..slow2..
    lama2 jadi bukit..
    huhu..

    [Reply]

  2. zuls says:

    bagus bro.. manipulasi kewangan ni memang penting.. bro cuba tengok sekali pakej pinjaman ASB. Atau pun bro nak main kaedah OD? Satu lagi yang penting dalam perancangan kewangan ni tak kesah lah ASB ke apa ke ialah tempoh masa. Good luck bro. Nanti kita sama-sama share knowledge

    [Reply]

  3. mudah2u says:

    secara mudah nyer boleh je sape2 dh kerja buat loan asb. Pinjam 100k Utk 20thn. thn pertama dh ada 7-8k. boleh cover utk thn2 dpn punya bayaran. ckup 20 thn dh ada 200K. ni bg yg mlas nk buat biz la.

    [Reply]

  4. h3r0 says:

    Nice info bro…
    Yang loan tue pun aku kira cam ok gak…
    tapi kalau gaji lebih, leh la top up lg..

    [Reply]

  5. al-Wann says:

    stuju2..simpanan 2 pntg..mslhnye aku klau byk duit mnenye ingt nak simpn..hbis cm tue jer..haha

    [Reply]

  6. Sabri says:

    aku nak kaya gak, hahah..

    [Reply]

  7. Aisyah says:

    jaws,ada sumthin wronglah dengan penyataan kat perenggan kedua..cuba check balik..ke aku yang tak faham?

    [Reply]

    Jaws Reply:

    tertinggal satu perkataan..
    perkataan “kurang” sebelum perkataan “menyimpan”
    hehehe..
    thanx for the info!

    [Reply]

  8. pear says:

    aku menyimpan dalam ASW 2020…alhamdulilah…tahun nie dapat Rm600 dividen…lagi banyak duit dalam acc..lagi banyak dapat…buat loan pun satu cara yang bagus…tapi kalau setakat rm10 ribu..baik takyah…sebab dividen sure kurang….amik rm 20 ribu terus…baru merasa wang dividen…duit tu…bayak balik pinjaman yang korang buat…cool info bro

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled