June 8th, 2009

Pendapatan Aktif VS Pendapatan Pasif

Saya seorang pelajar IPTS dan sering terfikirkan mengenai masa depan saya. Perniagaan atau makan gaji?! Saya sendiri tidak dapat membuat pilihan sehingga sekarang. Jika ditanya kepada ibubapa saya, sudah tentu mereka akan memilih untuk menyuruh saya bekerja makan gaji kerana kata mereka itu lebih selamat dan terjamin. Tetapi persoalannya, adakah ianya betul-betul terjamin?! Perniagaan memang sesuatu yang sukar untuk dimulakan tetapi apabila anda sudah sampai ke satu tahap, ianya akan lebih selesa dan terjamin daripada makan gaji. Dan yang menariknya, adalah pendapatan pasif yang memberikan kelepangan kepada saya dan saya terus membuat duit walaupun ketika saya tidur. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perbezaan Pendapatan Aktif dan Pendapatan Pasif. Entry kali ini adalah kesinambungan dari entry terdahulu yang bertajuk 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Kaya.

Satu konsep kekayaan yang mesti anda faham jika anda mahu menjana kekayaan dengan cepat dan mudah. Anda mesti faham apakah dia “Pendapatan Aktif & Pasif”

Pendapatan Aktif:

Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif:

Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!

(Kurang 10% gunakan teknik ini!)

Kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:

- menonton wayang & ‘menginternet’ di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan. Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif !!!

Berikut adalah beberapa contoh jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:

“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?”

Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.

Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya.”

Related Posts with Thumbnails

Berkongsi itu lebih baik:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • FriendFeed
  • Identi.ca
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Reddit
  • RSS
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Buzz

36 Responses to “Pendapatan Aktif VS Pendapatan Pasif”

  1. KhairiL's says:

    aku baca ni buat aku terpikir 2-3 kali

    btul k apa yg ko bg tau

    [Reply]

    Jaws Reply:

    salah ke aku bgtau ni?
    this juz my cent..
    nothing more or less..
    terpulang pada peribadi utk menilainya..

    [Reply]

    KhairiL Reply:

    x salah la
    malah aku setuju apa yg ko bg tau

    [Reply]

  2. eSempoi.com says:

    aku setuju dengan ko.. sape2 buat bisnes internet memang rilek giler…

    [Reply]

    Jaws Reply:

    takde laa rileks sgt..
    biz tenet sama ng biz lain..
    perlu ade tanggungjawab..
    kalo takde tanggungjawab dan disiplin,
    semua bisnes akan lingkup..
    hehehe..

    [Reply]

  3. zai says:

    utk pndaptn pasif..mmg xde ler..
    stkt ni mkn gaji jer..kluarge bg..hehe..
    papepn,bgus info ni..

    [Reply]

    Jaws Reply:

    simpan duit dalam ASB pun boleh jadi pendapatan pasif..
    kita simpan dan dapat dividen tahunan..
    tu juga pon boleh..

    [Reply]

  4. Anarm says:

    aku sentiasa sokong ape ko ckp bro..
    aku dah pikir sume tu.. hahaha..
    mekasih sbb tunnjuk jalan..

    [Reply]

    Jaws Reply:

    sama2..
    ade ke aku tunjuk jalan?
    hehe..
    bukan ape, benda biasa je..
    tolong Melayu sama Melayu…

    [Reply]

  5. Renzo says:

    Setuju ngan pendapat bro.

    tp dlm hal ni seseorg kena ada minat yg mendalam dan tidak memikirkan perkara negatif br boleh berjaya.

    creativity mmg diperlukan klau nak kuar dr pendapatan aktif ke pasif.

    berusaha kuat saja x akan menjadi tanpa jalan yg btul

    [Reply]

    Jaws Reply:

    betul bro..
    kene ada keyakinan dan minat..
    ilmu juga penting..
    tapi kene struggle laa kalo betul2 nak yg pasif tu..

    [Reply]

  6. ubey says:

    aku masih merangkak lagi bab2 ni. mm. byk mslh la. 2 minggu lagi kemungkinan aku x on9 for entire sem. apapun tahniah beb

    [Reply]

    Jaws Reply:

    takpe bro…
    perlahan lahan merangkak..
    lama lama akan berlari jua..
    jgn biarkan kekurangan diri menghalang kita utk melangkah..
    yang penting berusaha samapai berjaya dan minat untuk belajar dan majukan diri…

    [Reply]

  7. mantra says:

    Betul gak tu jaws…
    tq for da info…

    [Reply]

    Jaws Reply:

    welcome…
    hehehe…

    [Reply]

  8. sering kali ramai yg tidak perasan MELALUI PENDAPATAN AKTIF KITA BOLEH MENDAPAT PENDAPATAN PASIF.
    Contoh: org yg hanya bekerja sebagai kerani(gaji x bnyk) boleh menggunakan pendapatannya sebagai modal utk membuat jualan langsung atau
    menggunakan pendapatan aktif meraka tuk menjadi agen insurance secara part time.

    sebab bagi aku tanpa modal walaupun sedikit, kita tidak dpt melakukan apa2. So dr mana datang duit modal itu kalo kita tidak bekerja?atau anda boleh memilih berhutang dulu? Sekaya mana pun kalo kita tidak bijak menguruskan wang dan tidak tahu mengembangkannya(secara pasif/aktif)boleh jd jatuh miskin gak
    ini sekadar pendapat, terpulang kpd individu hehe lov yall

    [Reply]

    Jaws Reply:

    betul kata ko tu..
    kita kene bekerja dulu utk kumpul modal..
    dan kadang2 org yg bekerja juga tidak mampu kumpul modal kerana boros dan tersilap langkah dalam menguruskan gaji…
    bagi aku, cara paling senang kumpul modal adalah masukkan sebahagaian gaji kita ke dalam ASB setiap bulan tanpa pernah miss..
    konfirm akan ada hasilnya…

    [Reply]

  9. Iqone_Dinie says:

    Salam…erm…aku tetap menyokong ko jaws…ko adelah salah sokrang idol aku untuk cari pendapatan aktif di internet nie…bagus tul info ko nie..memang ramai lagi yang tak @ buat2 taj tau sal cari duit melalui internet nie…pepon..majulah blogging untuk kite sumer..hehe..

    [Reply]

    Jaws Reply:

    hahaha…
    aku ni biasa je..
    marilah bersama kita majukan diri..
    semoga Tuhan merahmati kita semua..

    [Reply]

  10. Kill-Vearn says:

    aku setuju dengan ape yg ko tulis atas ni.. mmg betol.. but nak mulakan tu yg sememangnya amat payah.. hoho… kalo ada advisor yg dok sebelah kita hari2 bg taw kita apa yg patut kita buat sampai kita dah mahir lain cite.. hehehe…

    [Reply]

    Jaws Reply:

    memang nak mulakan tu susah..
    tapi kalo kita tak mulakan,
    sampai bila2 kita takkan bermula..
    tindakan kita hari ini akan menentukan masa depan kita..
    hehe…

    [Reply]

  11. h3r0 says:

    ko sememangnya lebih tua dr umur ko utk tips seperti ini…
    tq bro… tips yg bgs..

    [Reply]

    Jaws Reply:

    tulaa..
    orang selalu igt aku dah tua,
    aku muda remaja ag la..
    hehe..

    [Reply]

  12. pear says:

    pergh…aku ada baca satu buku dulu…mengatakan pendapatan aktif nie just maintain apa yang kita ada…untuk pendapatan pasif pulak kita kene buat mengikut kebolehan masing masing…gunakan kepakaran dalam diri kita untuk make extra money…contohnya rakan office aku Abang Ramlee awang murshid..novelis thriller malaysia..dia dapat income pasif dari situ.. dan ramai jugak org yang kerja kerajaan cam aku buat benda yang sama…

    [Reply]

    Jaws Reply:

    betul kata abg pear ni..
    maintain ape yang kita ada..
    dan cuba laa cari side income utk pasif..
    banyak benda yg kita boleh buat..
    cuba kekadang kita takut dan malas utk mencuba je..

    [Reply]

  13. zuls says:

    satu artikel yang bagus. Bagi sesiapa yang masih belajar, mulalah awal2 sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

    [Reply]

    Jaws Reply:

    betul2,…
    cari pengalaman dalam alam pekerjaan dulu..
    hehe..

    [Reply]

  14. spatt says:

    “melihat anak-anak membesar”

    selalu tengok dalam cerita melayu,anak muda yang rosak tu mesti mak bapak diorang jenis berkarier sampai xde masa nak luangkan dengan anak2…

    aku dah mula mengorak langkah utk buat bisnes sendiri.banyak benda aku nak buktikan pada masyarakat kita.

    [Reply]

    Jaws Reply:

    ko sebagai salah satu contoh anak muda yang ade wawasan even collage dropout..
    tunjukkan dunia, tanpa ijazah pun kita boleh berjaya malah lebih hebat dari mereka..
    rezeki ada dimana mana, yang penting adalah usaha..
    dimana ade kemahuan, disitu ada jalan..

    [Reply]

  15. adol says:

    tahu la dah kaya sekarg… huhuhu

    [Reply]

    Jaws Reply:

    mana ade kaya la..
    cam biasa je..

    [Reply]

  16. loq says:

    aku setuju bro.
    nice tips.Semoga aku dapat pratikkan untuk masa depan

    [Reply]

    Jaws Reply:

    bersamalah kita praktikan utk masa depan..
    sukses selalu…

    [Reply]

  17. [...] sebelum ini, aku ada post entry tentang Bekerja Itu Memenatkan dan Pendapatan Aktif vs. Pendapatan Pasif kini aku dah semakin membuka minda aku bahawa orang yang betul-betul berjaya dalam kehidupan tidak [...]

  18. Niijiusan says:

    skang dalam proses menambah pendapatan.. aktif dah ada, skang tambah yang pasif lak.. hehe… tapi, xsempat la. slow2 (patut ke?)..

    p/s: nape blog ko aritu xley bukak?

    [Reply]

    Jaws Reply:

    slow2 tu boleh bro..
    tapi jgn terlalu slow..
    nanti tak jadi ape2..
    semoga ebrjaya selalu!!!

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled